Artikel Popular

Thursday, March 1, 2012

Kemiskinan Dunia Merosot

KHAMIS, 1 Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Laporan terbaharu Bank Dunia menunjukkan bilangan orang yang hidup dalam kemiskinan melampau dan kadar kemiskinan merosot di setiap wilayah dunia membangun antara tahun 2005 - 2008.  Penurunan ini adalah  kali pertama berlaku sepanjang kitaran tiga tahun sejak Bank Dunia mengesan kemiskinan melampau. 

Data yang dikeluarkan semalam oleh Kumpulan Penyelidikan Pembangunan Bank Dunia menunjukkan bahawa 22 peratus penduduk di dunia membangun atau 1.29 bilion orang yang hidup dengan pendapatan AS$1.25 atau kurang sehari pada tahun 2008, jatuh daripada 43 peratus pada tahun 1990 dan 52 peratus pada tahun 1981. 

Data yang dikemaskinikan itu berasaskan kajian yang melibatkan 850 isi rumah yang dijalankan oleh hampir 130 buah negara, mewakili 90  peratus penduduk di dunia membangun.  Tempoh kajian adalah dari 1981 hingga 2008,  terutamanya kerana data terbaharu daripada negara pendapatan rendah adalah, sama kurang ataupun tidak boleh dibandingkan dengan anggaran sebelum ini, meskipun statistik lebih terbaharu dapat diperoleh untuk negara pendapatan sederhana dan sebilangan kecil negara miskin untuk membolehkan anggaran awal untuk tahun 2010. 

Menurut laporan itu lagi, sesetengah wilayah menunjukkan kemajuan yang lebih besar jika dibandingkan dengan wilayah lain.  Asia Timur memotong kadar orang yang hidup dengan kurang AS$1.25  sehari kepada 14 peratus pada tahun 2008 daripada 77 peratus pada tahun 1981. China, khususnya, mengeluarkan 663 juta orang daripada kemiskian, iaitu  yang hidup dengan kurang AS$1.25 sehari pada tahun 2008 berbanding dengan tahun 1981, sekitar masa pembaharuan negara itu bermula. 

Akan tetapi, dunia membangun tanpa China memperlihatkan cerita yang bercampur-campur:  Jumlah kemiskinan di semua negara membangun adalah sekitar 1.1 bilion orang, kira-kira sama dengan tahun 1981, meskipun bilangan meningkat dan jatuh sejak tahun 1999.  Afrika Sub-Sahara mengurangkan kadar kemiskinan AS$1.25 sehari kepada 47 peratus pada tahun 2008, kali jatuh di bawah 50 peratus.  Dan wilayah yang menyaksikan bilangan kemiskinan melampau jatuh sejak tahun 2005, menterbalikkan peningkatan jangka panjang sejak tahun 1981. 

Laporan Bank Dunia itu juga menyatakan,  sepanjang tempoh itu secara keseluruhan, hanya penurunan yang kecil dalam bilangan orang yang hidup dengan kurang AS$2 sehari, iaitu kepada 2.47 bilion pada tahun 2008 daripada 2.59 bilion pada tahun 1981, meskipun bilangan meningkat dan  kemudian jatuh dalam tempoh berkenaan, dan jatuh dengan ketara sejak tahun 1999, apabila 2.94 bilion orang hidup di bawab AS$2 sehari. 


Carta harian The Economist yang memetik laporan Bank Dunia itu, mengalu-alukannya,  "kini untuk berita baik." Empat tahun lalu menyaksikan krisis ekonomi berbetulan dengan kenaikan harga makanan. Sesuatu yang pasti, meningkatkan lagi bilangan kemiskinan dunia, terutamanya kerana inflasi makanan lebih menjejaskan golongan miskin, tetapi nyata andaian ini  tidak betul. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...