Artikel Popular

Thursday, March 22, 2012

Pendayaan Kejayaan Singapura

KHAMIS,  22 Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam kalangan ahli politik, cerdik pandai, pengulas, dan bahkan orang ramai, kita sering mendengar mereka membandingkan kejayaan Singapura dengan negara kita Malaysia.  Dalam membandingkan antara kedua-dua negara yang berjiran ini, mereka memperlihatkan rasa kagum dan pesona mereka terhadap kejayaan yang dicapai oleh Singapura - negara  yang pernah  menyertai Malaysia suatu ketika dahulu.  

Dari segi ekonomi, Singapura  dikatakan mengamalkan kapitalisme terurus, tetapi ada yang mengatakan  bahawa Singapura mengamalkan kapitalisme negara, bahkan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew yang selama 30 tahun tidak henti-henti memperjuangkan "nilai Asia."

Sesetengah negara membangun menjadi Singapura sebagai model yang patut ditiru.  Namun, The Economist mengingatkan pendayaan kejayaan Singapura sekiranya negara membangun, khususnya di benua Afrika yang begitu ghairah ingin menyalin model pembangunan negara itu.

Meskipun Parti Tindakan Rakyat (PAP) mendakwa kejayaan mereka membawa Singapura ke mercu kejayaan, makalah itu mengingatkan bahawa apabila negara mencapai kemerdekaan, iaitu negara pascakolonial pada awal tahun 1960-an, Singapura telah pun muncul sebagai entrepot yang maju, makmur, dan canggih sambil mengingatkan sumbangan Sir Stanford Raffles yang mengasaskan pusat perdagangan.

Tambah makalah itu lagi, berkhidmat lebih satu setengah abad untuk kepentingan perdagangan kuasa ekonomi dan politik hegemoni ketika itu, iaitu Empayar British, yang mengubah paya itu menjadi pelabuhan yang berkembang maju dan sibuk, melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang makmur. 

"Ahli politik pascakemerdekaan Singapura boleh mengambil pujian yang besar kerana memacu negara pulau yang kecil itu ke puncaknya sekarang, tetapi mereka tidak mewarisi Timor-Leste atau Rwanda." 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...