Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sebuah lagi negara BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China), iaitu Brazil mengatasi ekonomi maju, iaitu United Kingdom. Sebelum ini, China mengatasi Jerman untuk tempat ketiga dan seterusnya Jepun untuk tempat kedua dari segi kedudukan dalam ekonomi dunia.
Dengan Brazil mengatasi United Kingdom, maka negara Amerika Latin itu dilaporkan menduduki tempat keenam ekonomi terbesar di dunia selepas angka rasmi menunjukkan ekonomi Brazil meningkat 2.7 peratus tahun lalu berbanding dengan 0.8 peratus yang dicatatkan oleh United Kingdom. Perancis kekal di tempat kelima di belakang Jerman, Jepun, China, dan Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, pendapatan per kapita penduduk Brazil kekal kurang daripada satu pertiga yang dinikmati oleh penduduk United Kingdom pada AS$11,000 seorang. Keadaan ini dijangkakan meningkat sepanjang masa kerana ekonomi Barat kebanyakan mengalami kebekuan.
Meskipun pertumbuhan ekonomi Brazil pada tahun 2011 adalah perlahan, jatuh daripada 7.5 peratus pada tahun 2010 kepada 2.7 peratus, sudah cukup untuk membolehkan negara itu menyingkirkan United Kingdom, satu lagi langkah pada laluan ke arah kebesaran ekonomi dan politik global. Peningkatan harga komoditi menjadikan Brazil bangkit sebagai orde dunia ekonomi. Ketika berucap di Hanover, Presiden Brazil, Dilma Rousseff memikat mood orang ramai mengisytiharkan bahawa negaranya "tanah peluang."
Apabila dari segi ekonomi, Brazil mengatasi United Kingdom, Jon Henley dalam blognya membandingkan antara kedua-dua negara itu, apa yang Brazil ada, tetapi United Kingdom tidak ada: ekonomi, penduduk, bola sepak, pantai, hutan hujan tropika, dan penduduk peribumi eksotik.
Ekonomi maju Barat diasak dari segenap penjuru, dari Asia dan kini dari Amerika Latin. Lagi lama mereka bergelut dengan krisis, maka makin goyah kedudukan mereka sebagai kuasa ekonomi dunia.
No comments:
Post a Comment