Artikel Popular

Wednesday, March 21, 2012

Pengeksport Senjata

RABU,  21  Mac 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH


Carta harian The Economist menyatakan lima buah negara pengesport senjata, iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Jerman,  dan Perancis ke beberapa buah negara tertentu. Negara pengimport utama senjata dari Amerika Syarikat, ialah Korea Selatan, Australian, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, dan Singapura, manakala negara pengimport senjata dari Britain, ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat, India, Chile, dan China. Rusia pula mengeksport senjata ke  India, China, Algeria, Venezuela, dan Vietnam.  

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Singapura merupakan pengimport senjata  kerana selain dari Amerika Syarikat, negara itu juga mengimport senjata dari Perancis. Dalam kalangan negara pengimport,  negara  Asia agak menonjol: China, India, Singapura, Vietnam, Pakistan, Korea Selatan, Arab Saudi, dan UAE.

Menggunakan data daripada Stockholm International Peace Research Institute, menunjukkan bahawa perpindahan global senjata konvensional besar, seperti kereta perisai dan pesawat adalah 24 peratus lebih tinggi pada tahun 2007-2011 berbanding dengan tahun 2002-2006.  Eksport senjata ke Asia Tenggara meningkat dengan ketara, iaitu meningkat sebanyak 185 peratus kerana ketegangan memuncak berhubung dengan tuntutan wilayah di Laut China Selatan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...