Artikel Popular

Friday, March 2, 2012

Terjemahan Bible

JUMAAT,  2 Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi  membenarkan   Herald:  The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.  Tatkala kes yang mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan umat Islam menunggu proses rayuan, pada akhir  November tahun lalu, pihak Gereja Katolik mengubah liturgi Mass untuk penganut agama Katolik yang bertutur dalam bahasa Inggeris, menggunakan beberapa terjemahan yang lebih hampir pada Latin.  

Tujuan perubahan itu  adalah untuk menyatukan satu bilion penganut agama itu di seluruh dunia.  Pastinya, perubahan tersebut membangkitkan persoalan, manakala Dr. Joel Hoffman yang menulis dalam The Huffington Post, menjelaskan bahawa lima kesilapan dalam terjemahan Bible:  etimologi, struktur dalaman, kognat, kesilapan terjemahan lama, dan metafora yang disalahfahami.  Sebelum ini, beliau menulis bahawa lima cara terjemahan Bible boleh memutarbelitkan makna asal  teks.  

Malangnya, apa yang dinyatakan di atas tidak disebar ke negara kita Malaysia.  Seperti biasa, akhbar berbahasa Inggeris yang selalu menjadi jaguh "keterbukaan global" memerapkan berita atau penulisan seperti ini kerana tidak memihak kepada pendirian akhbar berkenaan.   

Justeru, adakah penggunaan kalimah Allah dalam agama Katolik di Malaysia bercanggah dengan perubahan yang dilakukan oleh pihak Gereja Katolik? Adakah dengan menggunakan kalimah Allah itu cacat menurut tafsiran Joel Hoffman?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...