Artikel Popular

Friday, March 9, 2012

Israel Terancam!

JUMAAT,  9  Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Gendang perang Israel gegak-gempita semasa Persidangan Tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika (AIPAC)  di Washington pada hari Ahad lalu.  Presiden Barack Obama yang turut menyampaikan ucapan dalam persidangan   itu, membayangkan peperangan dengan Iran tidak dapat dielakkan dan memberitahu "maksud pencegahan."  Akan tetap, i pada masa yang sama, "meletakkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di penjuru."   Pentadbiran Obama dikatakan mengubah nada terhadap Israel  kerana Pilihan Raya Presiden pada tahun ini.  

Tidak kurang menarik ialah kritikan terhadap kepura-puraan AIPAC kerana menyokong penyelesaian dua negara:  mengesahkan negara Yahudi Israel dan nyah tentera negara  Palestin.

Gambaran umum yang memihak pada Israel seolah-olanya Iran mengancam Israel.  Bahkan,  Bibi menggunakan kisah  Bible untuk meyakinkan Obama bahawa "Parsi sejak dahulu lagi ingin menghapuskan Yahudi."  Dalam pertemuan dengan Barack Obama di Rumah Putih pada Isnin, Bibi berkata Israel, "mesti sentiasa mempunyai kemampuan untuk mempertahankan dirinya, oleh negara itu sendiri, menentang mana-mana ancaman." Beliau yang juga berucap dalam Persidangan Tahunan AIPAC, menegaskan bahawa Israel  tidak boleh menunggu lama untuk menyerang Iran.

Namun, ancaman sebenar terhadap Israel bukannya datang dari Iran atau mana-mana negara Islam di Timur Tengah.  Sebaliknya, ancaman itu datangnya dari dalam Israel sendiri, seperti yang didedahkan oleh David Remnick dalam The New Yorker keluaran 12 Mac, yang dapat diperoleh lebih awal melalui dalam talian.  

Negara Israel, bahas Remnick kini dilanda krisis demokratik.  Sejak berdekad-dekad, warganya, iaitu orang Yahudi sekurang-kurangnya secara justifikasi menjelaskan negara mereka sebagai satu-satu negara demokrasi di Timur Tengah.  Israel yang diimpikan oleh Theodor Herzl dan dibina oleh generasi David Ben-Gurion, sebagai eksperimen dalam kuasa Yahudi, unik selepas dua alaf penyeksaan dan pelarian, Israel menempuh kebuntuan.  "Konflik nilai yang menjadi-jadi meletakkan sifat demokratik di bawah stres yang amat sangat.  Apabila kerajaan bercakap setiap hari tentang ancaman yang wujud dari Iran, dan mendesak serangan terhadap kemudahan nuklear Iran, mereka lupa bahawa ancaman yang wujud dari dalam Israel sendiri."

Jelas Remnick, meskipun unsur reaksionari menghendap-hendap di banyak negara demokrasi,  di Israel ancaman tersebut amat jelas.  Dan keprihatinan datangnya bukan daripada kebanyakan kritikan yang berterusan, tetapi bekas Perdana Menteri Ehud Barak dan Ehud Olmert, kedua-duanya memberikan amaran bahawa Israel  terjerumus ke dalam aparteid, xenofobia, dan pengasingan. 

Pengakisan politik pastinya bermula dengan pendudukan wilayah Palestin, iaitu penaklukan lelaki, wanita, dan kanak-kanak Palestin yang berakhir untuk 45 tahun.  Remnick juga memetik buku Peter Beinart yang akan diterbitkan, The Crisis of Zionism, kritikan terbaharu yang menunjukkan bahawa antidemokratik yang mendalam, bahkan rasis, budaya politik menjadi endemik dalam kebanyakan penduduk Yahudi di Tebing Barat, dan membahayakan Israel yang sebenar. 

Herzl dikatakan membayangkan Zionisme yang majmuk yang rabai tidak menikmati "suara istimewa di negara itu."  Sekarang, puak fundamentalis yang diberanikan semakin menunjukkan sikap agresif fahaman zaman pertengahan, iaitu puak ultra-Ortodoks yang cuba mengatur kehidupan harian orang ramai.

Tinjauan pendapat demi tinjauan pendapat menunjukkan bahawa banyak orang muda Israel tidak mengikuti prinsip demokratik yang liberal negara itu.  Tinjauan pendapat tahun lalu mendapati 51 peratus orang Israel percaya bahawa orang ramai "sepatutnya dilarang daripada mengkritik secara keras Negara Israel secara terbuka."  Netanyahu menggalakkan pandangan bahawa mana kritikan sedemikian ialah kerja musuh.

Yang cuba diketengahkan oleh David Remnick bahawa ancaman dari dalam Israel sendiri tidak kurang bahayanya berbanding dengan ancaman senjata nuklear Iran yang sering digembar-gemburkan oleh Bibi dan puaknya.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...