Artikel Popular

Wednesday, March 6, 2013

Kota yang Padat

RABU, 6 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Di negara membangun, penghijrahan dari desa ke kota menyebabkan bandar-bandar kelihatan padat dan sesak dengan penduduk. Carta harian The Economist, mendedahkan beberapa negara di dunia yang bandar  negara berkenaan padat dengan penduduk. Mendahului senarai ialah Bangladesh dengan kira-kira  75,000  orang untuk satu kilometer persegi.

Apabila kepadat penduduk diukur oleh kadar piawai, iaitu jumlah penduduk dibahagikan dengan kawasan tanah, menurut carta harian itu, negara dan wilayah kecil, seperti Macau, Monaco, Singapura, adalah dalam kalangan yang paling sesak di dunia. Sementara Mesir, yang bandarnya juga padat penduduk, kira-kira 5000 orang untuk satu kilometer persegi, namun wujud 95 peratus kawasan gurun yang tidak dihuni.

Carta hari tersebut juga menyatakan bahawa lebih separuh penduduk dunia tinggal di kota-kota, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan jumlah ini meningkat kepad dua pertiga pada tahun 2050.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...