Artikel Popular

Friday, March 15, 2013

Kapitalisme Menjadikan Anda Gembira?

JUMAAT, 15 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Krisis ekonomi menyaksikan peningkatan pembunuh diri di Eropah, seperti yang diperhatikan oleh Elisabetta Povoledo dan Doreen Carvajal.  Sementara di  Greece, akibat langkah jimat-cermat, kadar bunuh diri didapati meningkat.  

Kajian tentang bunuh diri pernah diterokai oleh ahli sosiologi Perancis, Emile Durkheim, yang mendapati bahawa kadar bunuh diri dalam kalangan penganut Katolik adalah rendah jika dibandingkan dengan penganut Protestan, kerana wujud kawalan sosial. Beliau juga mendapati bahawa kadar bunuh diri lebih tinggi dalam kalangan lelaki daripada wanita, lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tidak berkahwin daripada yang berkahwin, lebih tinggi dalam kalangan orang yang tanpa anak berbanding dengan orang yang mempunyai anak, lebih tinggi dalam kalangan tentera daripada orang awam, dan lebih tinggi pada masa aman jika dibandingkan dengan masa perang. 

Memetik beberapa data terbaharu Pertubuhan Buruh Sedunia, carta harian The Economist, mengetengahkan kadar bunuh diri yang didapati menurun di kebanyakan Eropah sejak awal tahun 1990-an, kecuali meningkat sedikit sejak tahun 2007, yang mungkin dan tidak mungkin berkait dengan krisis kewangan semasa.

Carta itu juga menunjukkan bahawa kadar bunuh diri di Komonwel Negara Merdeka (CIS) meningkat selepas tahun 1989 yang ada kaitannya dengan perubahan negara bekas Kesatuan Soviet itu kepada ekonomi pasaran.  Kadar ini meningkat sehingga awal tahun 2000-an yang menunjukkan penurunannya.

Sememangnya, tidak dapat dipastikan bahawa kapitalisme menjadikan seseorang itu gembira atau sebaliknya, tetapi yang pasti, kapitalisme sering dikritik sejak beberapa tahun lalu, yang terbaharu oleh hartawan Bill Gates. Demikian lapor The Huffington Post, yang memetik wired.co.uk. Tegas Gates, kapitalisme bermakna penyelidikan tentang lelaki botak mendapat lebih banyak pendanaan berbanding dengan penyelidikan malaria.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...