Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Data terbaharu yang dikeluarkan oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), yang dipetik oleh Rachel Cooper, China dalam laluan untuk mengambil alih tempat Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia pada tahun 2016. Jangkaan ini, berdasarkan pertumbuhan ekonomi China yang pesat.
Meskipun pertumbuhan ekonomi mula perlahan, iaitu 7.8 peratus pada tahun lalu dan kerancakannya terjejas, OECD masih yakin bahawa ekonomil China tumbuh pada kadar 8.5 peratus tahun ini dan 8.9 peratus pada tahun 2014. OECD mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi negara itu perlahan, tetapi secara purata, menurut OECD adalah lapan peratus.
Selepas membenarkan perbezaan harga, OECD, menurut Rachel, meramalkan bahawa China dapat muncul sebagai ekonomi terbesar dunia, menggantikan Amerika Syarikat sekitar tahun 2016. Ramalan positif oleh OECD berdasarkan tinjauan optimistik untuk perbelanjaan pelaburan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia.
No comments:
Post a Comment