Artikel Popular

Thursday, March 14, 2013

Cuti Umum untuk Pekerja: Malaysia antara Negara Terbaik

KHAMIS, 14 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sesetengah orang berpendapat bahawa terlalu banyak cuti umum di Malaysia, sebilangan cuti tersebut adalah berkait dengan keagamaan, yang sekali gus, menandakan Malaysia bukan negara sekular.

Daripada 60 buah negara, termasuk Hong Kong, yang dipetik oleh +The Huffington Post,  bahawa 56 buah negara memberikan jaminan yang lebih dari segi  cuti umum untuk pekerja. United Kingdom mendahului senarai, dengan 28 hari cuti umum, diikuti oleh Poland (26 hari), dan  Perancis, Bolivia, Greece, Austria, Sweden, Luxembourg, Finland, dan Denmark (25 hari), Venezuela dan Malta (24 hari), dan Hungary (23 hari).  

Sementara Malaysia menduduki tangga ke-12 bersama Mexico, dengan cuti umum 16 hari, di belakang Turki (17 hari).

Amerika Syarikat menduduki senarai paling bawah, yang tidak mempunyai keperluan mandatori, diikuti oleh Filipina, Thailand, China, dan Kanada.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...