Artikel Popular

Sunday, March 10, 2013

"Masa" Berpisah?

AHAD, 10 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Awal tahun ini menyaksikan +Newsweek mengakhiri edisi bercetak dan hanya diterbitkan dalam edisi digital sepenuhnya.  Kini, sebuah lagi majalah berita, iaitu  +TIME bergelut dengan ketidakpastian, walaupun penerbitannya dalam edisi bercetak belum berakhir, sekurang-kurangnya setakat ini.

Kira-kira seminggu yang lalu, dunia permajalahan menjadi tumpuan, apabila Time Warner, dilaporkan memutuskan untuk memisahkan "Time" daripada "Time Warner,"  berikutan kegagalan empayar media itu mencapai persetujuan untuk menjual beberapa majalah terbitannya.

Dalam siaran akhbarnya,  Time Warner memaklumkan bahawa lembaga pengarahnya meluluskan rancangan untuk "undang-undang lengkap dan pengasingan struktur  Time Inc. daripada Time Warner," dan Time Inc. dengan itu, akan menjadi "syarikat bebas, tersenarai awam."  Time Warner memberitahu matlamat itu akan disempurnakan pada akhir tahun 2013.  Ketua Pegawai Eksekutif Time Inc., Laura Lang memberitahu bahawa beliau akan meninggalkan syarikat itu sebaik-baik sahaja rancangan itu dilaksanakan sepenuhnya.

Tidak dinafikan bahawa penerbitan majalah merupakan perniagaan yang sangat sukar.  Ulas Daniel Gross tentang rancangan perpisahan itu,  "tetapi Time Inc. masih menghasilkan keuntungan.  Pada tahun, Time Inc. melaporkan hasilnya AS$3.436 bilion dan pendapatan kendalian AS$420 juta."  Secara keseluruhan, majoriti syarikat media, tambah Gross berasa gembira dengan prestasi tersebut.  "Namun, Time Warner, yang secara wajar berbangga dengan harta majalahnya, dan sejarah fantastik majalah, bukannya tempat sentimental."

Bagi John Cassidy, kehadiran Internet menyukarkan penerbitan majalah, dengan memetik  "pemusnahan kreatif +Joseph Schumpeter yang berlaku dalam industri media sekarang.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...