Artikel Popular

Thursday, March 14, 2013

Hidup untuk Makan

KHAMIS, 14 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Orang miskin lazimnya menghabiskan hampir kesemua pendapatan mereka untuk makanan keperluan harian mereka, bak kata orang tua-tua, "kais pagi, makan pagi."  

Carta harian +The Economist,  menunjukkan bahawa penduduk di negara miskin terpaksa memperuntukkan bahagian pendapatan yang lebih tinggi untuk membeli makanan.  Carta tersebut menujukkan tidak wujud korelasi antara kemiskinan dengan perbelanjaan untuk makanan. Penduduk India misalnya, kurang membelanjakan belanjawan isi rumah mereka untuk makanan berbanding dengan orang Rusia. 

Secara umum, apabila sesebuah semakin maju, rakyatnya kurang membelanjakan pendapatan mereka untuk makanan. Penduduk  Korea Selatan membelanjakan satu pertiga pendapatan mereaka untuk makanan pada tahun 1975; kini, angka tersebut hanya 12 peratus. Banyak wang yang lebih digunakan untuk perkara yang menyeronokkan dalam hidup ini. 

Di Amerika Syarikat, yang ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan berleluasa, misalnya antara gaji ketua pegawai eksekutif dengan upah minimum yang beku,  +Derek Thompson cuba membandingkan negara itu dengan beberapa negara lain dari segi belanjawan isi rumah dibelanjakan untuk makanan di rumah. Nampaknya, Amerika Syarikat yang paling rendah, iaitu hanya tujuh peratus, manakala yang paling tinggi ialah Mesir, iaitu 44 peratus, diikuti oleh Rusia (31 peratus), India (26 peratus), Mexico (23 peratus), dan China (21 peratus).  Negara lain yang boleh dianggap rendah ialah United Kingdom (sembilan peratus), Kanada (10 peratus),   dan Jerman (11 peratus).  Rujuk carta di bawah:


Di negara itu, tegas Thompson, makanan semakin murah, kecuali bagi golongan miskin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...