Artikel Popular

Friday, March 15, 2013

Kemekaran Demokrasi dan Kedaulatan Undang-undang

JUMAAT, 15 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Banyak negara blok Timur yang beralih kepada demokrasi akhirnya menemui kegagalan.  Dalam hubungan ini, hujah +Fareed Zakaria, bahawa negara dengan tradisi kedaulatan undang-undang yang kuat cenderung membina budaya demokrasi yang juga melindungi hak individu, seperti yang wujud di Barat: perlindungan undang-undang untuk hidup, hak kebebasan, dan harta benda dibangunkan pada pada ke-17 dan ke-18.   

Justeru, tegas Fareed, negara membangun yang miskin sepatutnya memberikan lebih penekanan terhadap kedaulatan undang-undang.  Hal ini penting bahawa sebelum pilihan raya pertama, sebelum ahli politik memperoleh kesahan yang besar menerusi peti undi, suatu sistem yang mengehadkan kuasa kerajaan dan melindungi hak kebebasan individu dan hak golongan minoriti.

Pastinya, bukan Fareed Zakaria seorang yang bercakap tentang perkara ini - juga diakui oleh beliau.  +Francis Fukuyama dalam buku terbaharunya The Origin of Political Order:  From Prehuman Times to the French Revolution, menegaskan  bahawa demokrasi liberal moden berjaya menggabungkan semua tiga set institusi dalam keseimbangan yang stabil, iaitu negara, kedaulatan undang-undang, dan kerajaan yang bertanggungjawab.

Di negara kita, banyak ahli politik yang berlagak pendukung demokrasi, tetapi pada masa yang sama, dengan megah,  mereka mencabuli dan seterusnya menghakis kedaulatan undang-undang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...