Artikel Popular

Sunday, March 10, 2013

Gallup Terus Dipertikai

AHAD, 10 Mac 2013
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Tatkala Malaysia di ambang Pilihan Raya Umum, beberapa kajian muncul untuk meramalkan pihak yang akan menang. Hasil kajian tersebut didapati berlegar dalam media sosial, kalaupun dalam media arus perdana. 

Tatkala sesetengah orang di negara ini begitu taksub dan teruja dengan dapatan kajian tentang kemungkinan keputusan pilihan raya kelak, di sini elok juga dinyatakan pengalaman Gallup yang menjalankan tinjauan pendapat tentang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012

Setiap  tinjauan yang dijalankan oleh Gallup selalunya dipetik secara meluas, termasuk yang terbaharu, iaitu U.S. Global Status Index for 2013.  Namun, tinjauan  dalam pilihan raya tahun lalu, akhirnya mendedahkan kedaifan Gallup yang selama ini dianggap peninjau yang terkenal dan mapan.

Pada awal tahun ini, akhbar +USA TODAY mengambil keputusan untuk berpisah dengan Gallup daripada menjadi peninjau pendapat akhbar itu.  Sebelum Pilihan Raya Presiden itu, Nate Silver yang mengkritik pengkaedahan Gallup dan mendakwa peninjau pendapat itu melawan dunia dengan meramalkan calon Republikan +Mitt Romney akan muncul sebagai pemenang.  Seterusnya, sebagai ganti, akhbar itu memilih peninjau pendapat +Pew Research Center yang juga terkenal dan boleh dipertanggungjawabkan. 

Harry J Enten yang mengulas "perceraian" daripada perkahwinan yang terjalin sejak tahun 1996, adakah mempunyai kaitan dengan Gallup.  Peninjau pendapat itu, bahas Enten terus-menerus dan tidak betul menunjukkan calon Republikan, Mitt Romney mendahului +Barack Obama pada bulan terakhir pilihan raya tahun 2012. Tinjauan pendapat terakhir Gallup, jelas  Enten, menunjukkan Romney mendahului satu mata, iaitu lima mata pemisah margin kesudahan kekalahan beliau.  

"Alasan kerana ralat ini," hujah Enten, "dapat dikesani semula adalah terlalu ketat model pengundi berkemungkinan dan menguranganggarkan bahagian minoriti sebagai pengundi."

Ulasan terbaharu tentang "kesilapan" Gallup datangnya daripada +Mark Blumenthal, yang antara lain adalah dari segi persampelan, iaitu pemilihan kemungkinan pengundi,  dan dari segi pengkaedahan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...