Artikel Popular

Monday, March 11, 2013

Belajar Bahasa dalam 10 Hari

ISNIN, 11 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin mengumumkan cadangan mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  seawal  tahun 2016. Mungkin banyak orang akan bertanya ketika itu, adakah kerajaan Barisan Nasional (BN) masih berkuasa atau hanya menjadi pembangkang di negara ini.

Dalam pada itu, tatkala penentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kelihatan berdiam diri, penyokong PPSMI pula bertempik dan melalak di sana sini, bahkan semakin berani mengugut kerajaan

Tatkala para pemimpin, penggubal dasar, dan sebilangan cerdik pandai serta para pengulas di negara  menganggap bahawa untuk melaksanakan dan mencapai sesuatu, seperti penguasaan bahasa Inggeris, memerlukan dasar, teknologi yang diperkenalkan membuktikan betapa mudahnya untuk mempelajari sesuatu bahasa. 

Hanya dalam masa 10 hari seseorang itu dilaporkan  dapat menguasai dwibahasa, iaitu melalui The Pimsleur Approach.  Pendekatan ini bertujuan mengajar anda menggunakan perbendaharaan kata teras sesuatu bahasa, maka anda dapat bertutur kebanyakannya dalam jumlah masa yang kurang.  Hal ini bukan berapa banyak perkataan yang anda tahu, tetapi apakah perkataan yang anda dapat gunakan.

Harap klik di sini untuk mengetahui The Pimsleur Approach dengan lebih lanjut tentang belajar bahasa dalam 10 hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...