Artikel Popular

Monday, March 18, 2013

Pelakon Haiwan

ISNIN,  18 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Setelah tertangguh seketika, saya berhasrat menulis dan menyiapkan beberapa topik lagi yang masih tinggal tentang makan angin di Amerika Syarikat dari November hingga Disember tahun lalu. 

Semasa mengunjungi Universal Studios, setelah berlegar-legar dan berehat seketika, saya dan isteri mengambil kesempatan menonton pelakon haiwan.  Ketika itu, kumpulan kami sudah berpecah, iaitu masing-masing dengan program sendiri tanpa dibantu oleh pemandu pelancong.  Tiba-tiba muncul beberapa orang anggota rombongan bersama-sama pemandu pelancong yang juga menuju ke tempat pertunjukan pelakon haiwan.

Haiwan yang terlibat dalam pertunjukan, saya perhatikan, memang mahir berkomunikasi dengan manusia, iaitu bukan sahaja dengan "tuannya," tetapi juga dengan penonton Salah seorang penonton diminta mengeluarkan dan memegang wang dolarnya dengan tangan terangkat, lalu burung yang diarahkan oleh tuannya terbang mengambil wang itu, pulang ke pentas.  Sejurus kemudian, tuannya menyuruh burung itu memulangkan semula wang itu kepada penonton itu.

Demikian juga, yang dapat bermain-main dengan seorang budak lelaki yang merupakan  salah seorang penonton.  Namun, anjing itu agak "nakal," kerana dikencingnya budak itu sehingga menyebabkan para penonton ketawa.


Semasa berkunjung ke Gold Coast, Australia, saya dan isteri juga berkesempatan menonton pertunjukan haiwan, ketika di  Sea World, iaitu pertunjukan ikan lumba-lumba dan anjing laut.  Sebaik-baik sahaja kami tiba di sana dari Brisbane kami dibawa melawat Paradise Country untuk "pelancongan  ladang," antaranya  untuk menyaksikan pertunjukan haiwan, seperti kuda, biri-biri yang naik ke pentas dan digunting bulunya,  dan anjing yang mengejar bumerang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...