Artikel Popular

Thursday, March 7, 2013

Puting dan Tetek

KHAMIS, 7 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Salah fungsi pakaian dalam kalangan selebriti, nampaknya terus berlaku. Memang, pakaian mereka sering mendapat perhatian. Kali ini ketika  Oscars Red Carpet, yang banyak perkara berlaku, dan  yang pastinya menarik,  melibatkan +Anne Hathaway apabila puting susunya didapati kelihatan. Anne akhirnya memohon maaf kerana pakaiannya yang "makan tuan" itu.

Sesungguhnya, tetek  merupakan "mahkota" wanita, dan bahkan orang Amerika gemar yang bersaiz besar.  Namun, anda diingatkan jangan celupar terhadap wanita tetek besar kerana mungkin buruk padahnya.  

Christina Anderson yang menulis +The Huffington Post, mengingatkan enam komen atau ulasan yang wanita tetek besar tidak mahu dengar, iaitu: (1) Jangan menyibuk bahawa sesetengah wanita keluar duit untuk jadikan teteknya besar; (2) Jangan kata, "Saya amat iri hati;" (3) Orang lelaki pastinya sayang akan wanita tetek besar; (4) Pernahkan anda fikir untuk mengecilkan tetek? (5) Anda kelihatan macam Christina Hendricks, "Mad Man,"  +Marilyn Monroe; dan (6) Adakah anda mengalami sakit belakang? 


Sementara itu, di North Carolina, kerajaan negeri yang kuasai oleh Republikan, dilaporkan bercadang memperkenalkan undang-undang bahawa pendedahan titik merupakan satu kesalahan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...