Artikel Popular

Saturday, March 16, 2013

Mengapa Romney Kalah?

SABTU, 16 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Dari Conservative Political Action Conference (CPAC),  yang +Mitt Romney turut berucap penuh semangat seakan-akan beliau menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun lalu, dapat dikenal pasti faktor kekalahan beliau.

Seperti yang dicatatkan oleh +Garance Franke-Ruta, Romney kalah kerana personaliti beliau, penasihat kempen Romney, politik konservatif Romney tidak cukup, dan +Paul Ryan.  

Calon Naib Presiden, Paul Ryan memang sejak awal lagi tidak popular,  kini menjadi sasaran kritikan yang meluas kerana memperkenalkan rancangan  belanjawan beliau,  antaranya oleh Paul Krugman, Michael Tomasky, Robert Shrum, Andy Borowitz, John Cassidy,  dan Ezra Klein,.

Sementara Romney juga masalah beliau sendiri, yang ketara ialah sikap beliau yang memandang rendah  terhadap golongan 47 peratus, yang pada mulanya didedahkan oleh David Corn.  Lelaki yang merakamkan video yang menunjukkan keangkuhan Romney, iaitu Scott Prouty, kini muncul membuat pengakuan terbuka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...