Artikel Popular

Wednesday, March 6, 2013

Dow Pecah Rekod

RABU,  6 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sejak malam tadi (waktu Malaysia), laporan antaranya oleh BBC, Los Angeles Times, dan Bloomberg tertumpu terhadap indeks Purata Perindustrian Dow Jones (Dow) yang mencatatkan peningkatan, memperkukuh kedudukannya dalam wilayah lebih 14,000 mata.  Dalam dagangan awal pada hari Selasa itu, Dow meningkat 63.81 mata atau 0.45 peratus,  kepada 14,191.63 mata.  Dow, bahas John Cassidy, diselamatkan oleh dasar ekonomi yang praktik dan sesuai.

Dow yang ditutup pada 14,253.77 kata, menurut Time, mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 14,164.53 mata pada 9 Oktober 2007, sebanyak 89.24 mata, memadamkan kerugian Kemelesetan Besar.  Kemaraan Dow itu, seperti yang dilaporkan oleh +The Guardian, disambut dengan penuh keriangan di sebelah menyebelah Atlantik. 

Di sebalik peningkatan Dow itu,  ekonomi sebenar Amerika Syarikat masih muram: pertumbuhan lembap dan kadar pengangguran hampir lapan peratus, yang nampaknya begitu degil untuk turun lebih rendah.  Mengulas prestasi terbaharu Dow, Matt Phillips cuba menarik perhatian bahawa pendapatan isi rumah rendah dalam satu dekad, atau seperti yang ditegaskan oleh  Daniel Gross, "tidak semua rakyat Amerika menikmati kemakmuran."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...