Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Stephen F. Cohen pernah menulis bagaimana Presiden Barack Obama dapat mengelakkan Washington daripada terjebak dalam satu lagi Perang Dingin dengan Moscow.
Namun, yang jelas sejak akhir-akhir ini, persaingan dan seterusnya persengketaan bukannya antara Amerika Syarikat dengan Rusia, tetapi antara negara kuasa besar itu dengan China, baik dari segi, mahupun pergolakan di samudera dan perang siber apabila kedua-dua buah negara itu saling tuduh menuduh. Dalam perang siber yang tercetus baru-baru ini, China didakwa begitu bersemangat untuk menggodam institusi Washington. Penggodaman itu juga mendedahkan hubungan China dengan Amerika.
Dari segi ketenteraan, seperti yang ditunjukkan dalam carta harian The Economist, kedua-dua negara tersebut, iaitu Amerika Syarikat dan China bersaing sengit dari segi perbelanjaan ketenteraan, dan berkemungkinan negara Komunis mengatasi negara kapitalis. (Rujuk carta di atas.)
Selain itu, kajian terbaharu menunjukkan China merupakan negara kelima terbesar dari segi eksport senjata, menggantikan United Kingdom. Pasaran utama China ialah Pakistan - salah sebuah negara yang membenci Amerika, dan negara lain, antaranya Bangladesh dan Myanmar.
No comments:
Post a Comment