Artikel Popular

Wednesday, March 13, 2013

Kehilangan Kanak-kanak di India, Ke Mana Mereka?

RABU, 13 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Perangkaan rasmi menunjukkan kira-kira 60,000 hilang setiap di seluruh India, sebilangannya ditemui, tetapi banyak yang langsung tidak ditemui. Demikian lapor Al Jazeera, bahawa kehilangan kanak-kanak itu sebagai wabak yang melanda negara yang padat itu.  Kejadian yang popular dalam filem  Bollywood, kini benar-benar berlaku di dunia nyata.

Secara purata, seorang kanak-kanak didapati hilang dalam setiap lapan minit, dan kanak-kanak di negara itu tidak lagi selamat.  

Menurut +Al Jazeera English, culik merupakan jumlah terbanyak bagi kanak-kanak yang hilang.  Daripada 33,098 jenayah yang dilaporkan terhadap kanak-kanak pada tahun 2011, sejumlah 15,284 merupakan kes culik.  Penculik mungkin menghantar kanak-kanak itu ke  negara lain, menahan mereka untuk mendapatkan wang tebusan, atau memaksa mereka menjadi pengemis.

Apakah kanak-kanak itu juga dihantar ke Malaysia?  Apabila muncul  kanak-kanak keturunan  India menuntut hak kerakyatan di negara ini dengan sokongan orang politik yang sentiasa menangguk di air keruh, pernahkah kita bayangkan bahawa kanak-kanak ini sebilangannya adalah daripada kanak-kanak yang hilang itu?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...