Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Majlis Bahasa Sweden, iaitu badan kawal selia yang bertanggungjawab "memupuk" bahasa Sweden, seperti yang dilaporkan oleh The Independent, menarik keluar istilah ogooglebar yang diterjemahkan sebagai ungoogleable daripada senarai perkataan baru selepas didesak oleh Google.
Badan tersebut yang menjelaskan misinya sebagai "memantau pembangunan bahasa Sweden yang dituturkan dan ditulis," menambah istilah berkenaan dalam senarai perkataan baru tahun lalu, mentakrifkan perkataan itu sebagai: "(Sesuatu) yang anda tidak dapat cari pada Web dengan menggunakan enjin carian."
Menurut laman Web The Local, enjin carian gergasi beribu pejabat di California itu meminta Majlis Bahasa Sweden membetulkan takrif mereka. Namun, pihak majlis enggan dan sebaliknya, menarik keluar istilah itu daripada senarai perkataan sama sekali.
Megan Garber yang mengulas tindakan pihak majlis itu mencadangkan supaya ogooglebar dan 14 perkataan Sweden yang lain digabungkan ke dalam bahasa Inggeris segera. Alasan beliau melalui tulisannya dalam The Atlantic adalah bahawa banyak perkataan Inggeris berasal daripada bahasa Sweden.
Nyata bahawa Majlis Bahasa Sweden enggan tunduk pada desakan Google - sesuatu yang wajar dicontohi oleh badan seumpama itu yang juga wujud di negara kita!
Nyata bahawa Majlis Bahasa Sweden enggan tunduk pada desakan Google - sesuatu yang wajar dicontohi oleh badan seumpama itu yang juga wujud di negara kita!