Artikel Popular

Friday, November 2, 2012

"Viagra Wanita," Habislah Orang Laki

JUMAAT,  2 November 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH

Kesamaan gender. Bukan sahaja lelaki mempunyai "ubat kuat lelaki," bahkan wanita juga apa kurangnya.  Seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, kini wujud "viagra wanita;" sekadar sembur hidung, maka wanita berkenaan akan "naik berahi."

Sembur hidung bertujuan merangsang keinginan seksual wanita akan menjalani  percubaan klinikal di Australia dan Kanada.  Para penyelidik Australia, seperti yang dipetik oleh akhbar itu cuba mengambil kira-kira 100 orang wanita, berusia antara 18 hingga 49 tahun untuk melaksanakan ujian.

Sekiranya wanita sering naik berahi, laratkah lelaki memenuhi naluri membara mereka? Teringat saya, kalau tidak silap akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an, jika lelaki dan wanita sama-sama kuat, maka diibaratkan "Vietnam lawan Vietkong" - waktu itu berlaku Perang Vietnam yang seakan-akan tanpa kesudahannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...