Artikel Popular

Saturday, November 10, 2012

Pilihan: Antara Kehidupan Awam dengan Kehidupan Peribadi

SABTU, 10 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pengarah CIA, David H. Petreaus, seperti yang dilaporkan,  meletakkan jawatan pada hari Jumaat dan mengakui mempunyai hubungan sulit dengan  Paula Broadwell, bekas tentera dan pengarang bersama biografi Petraues.  Perletakan jawatan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum  "perbicaraan" tentang serangan di Benghazi yang berlaku pada 11 September lalu.

Dengan perletakan jawatan itu, Petreaus yang kisah kerjayanya didedahkan dalam The Washington Post, sesungguhnya dapat membezakan kehidupan awam dengan kehidupan peribadi.  Sebagai penjawat awam, yang memegang jawatan penting dalam agensi  perisikan, beliau mempunyai keterbatasan dalam kehidupan peribadi.  Beliau tidak boleh berseronok atau sesuka hati "main" perempuan kerana  perbuatan itu membawa implikasi yang mendalam terhadap organisasi yang beliau terajui.  Apabila beliau terlibat dengan perempuan simpanan, pertaruhannya amat besar, iaitu seluruh organisasi berkenaan.

Meskipun dalam masyarakat Barat, "main" perempuan atau mengadakan hubungan sulit dengan perempuan merupakan kelaziman, amalan seperti ini tidak dibenarkan berlaku terhadap orang politik dan penjawat awam.  Ahli perniagaan dan pelakon misalnya, bebas mempunyai perempuan simpanan, tetapi tidak halnya dengan orang politik dan penjawat awam.

Keadaan ini pastinya sangat berbeza dengan negara kita apabila ada orang politik yang sedap-sedap "main" perempuan, bukan sahaja enggan mengaku, tetapi ke sana ke mari satu Malaya, memberitahu dirinya bersih, memberitahu wujud konspirasi, fitnah, dan sebagainya.  Tidak cukup dengan semuanya itu, dibawanya sesiapa sahaja, termasuk sahabat, penyokong,   anak,  dan isteri untuk membela dirinya, mengatakan bahawa dia tidak terlibat "main" perempuan.  Akibatnya, dia seorang yang "sedap," sedangkan  rakyat satu negara diperbodohkan dan naik bingung.  

Kalau ada sesiapa sahaja yang terus mengorek kisah dia "tugal" perempuan, dia  bukan sahaja menyangkalkannya, bahkan juga dia mendakwa bahawa orang politik yang merupakan lawannya yang "main" perempuan.  Maka, serentak dengan itu, penyokongnya melalui Facebook, blog, menaburkan pelbagai cerita tentang orang lain demi memadamkan fill buruknya itu.

Petreaus  betul-betul "anak jantan," berani buat berani tanggung.  Beliau rela menerima akibat daripada segala keseronokannya dengan perempuan simpanannya itu. Melihat gambar Paula, memang mengancam, maka tidak hairan kerana wanit ini, Petreaus "naik kelabu mata," sanggup hilang mahkota, lalu digomolnya sepuas-puasnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...