Artikel Popular

Sunday, November 4, 2012

Kecekapan Bahasa Inggeris: Malaysia di Tangga ke-13

AHAD, 4 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Setelah menerbitkan kajian pertama tentang kemahiran bahasa Inggeris di peringkat global pada tahun lalu, pada tahun ini, EF Education First menerbitkan kajian keduanya, yang dipetik oleh R.L.G. dalam The Economist

Kajian yang melibatkan 52 buah negara yang bahasa Inggeris bukan merupakan bahasa ibunda penduduknya, menunjukkan Sweden menduduki tangga pertama.  Negara lain yang menyertai Sweden dalam kategori amat sangat mahir ialah Denmark (kedua), Belanda (ketiga), Finland (keempat), dan Norway (kelima).

Sementara Malaysia yang menduduki tangga ke-13 selepas Singapura, tergolong dalam kategori sangat mahir, bersama-sama enam lagi negara lain, iaitu Belgium (keenam), Austria (ketujuh), Hungary (kelapan),  Jerman (kesembilan), Poland (ke-10), dan Republic Czech (ke-11).


Dalam kalangan negara bekas tanah jajahan British, atau dinyatakan negara yang bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi, di samping Singapura dan Malaysia, negara lain yang turut tersenarai ialah India, Pakistan, dan Hong Kong - ketiga-tiga negara ini dalam kategori kecekapan sederhana.  Negara lain di rantau Asia Tenggara yang tersenarai ialah Indonesia dalam kategori kecekapan rendah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...