Artikel Popular

Saturday, November 24, 2012

Empat Puluh Orang Terkaya Afrika

SABTU, 24 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Lazimnya, golongan kaya wujud di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Asia. Namun, hakikatnya, sebagai golongan miskin, orang kaya juga wujud di mana-mana sahaja, waima di Afrika, benua yang terkenal dengan kelaparan, kebuluran, wabak penyakit, dan persengketaan.  

Melalui editornya, Kerry A. Dolan, Forbes menyenaraikan 40 orang terkaya Afrika. Mendahului senarai ialah Aliko Dangote dari Nigeria, dengan kekayaan AS$12 bilion.  Sementara Nicky Oppenheimer dari Afrika Selatan dan keluarga menduduki tangga kedua dengan kekayaan AS$6.4 bilion, diikuti oleh Johann Rupert dan keluarga di tangga ketiga dengan kekayaan AS$5.7 bilion.  

Turut tersenarai dalam 10 orang terkaya ialah Naseff Sawiris, Mike Adenuga, Christoffel Wiese, Othman Benjelloun, Partrice Motsepe,  Naguib Sawiris, dan Mohamed Mansour.

Daripada 40 orang terkaya Afrika itu, ialah dua orang wanita, iaitu Folorunsho Alakija dari Nigeria dengan kekayaan AS$600 juta yang menduduki tangga ke-24 dan Isabel dos Santos dari Angola dengan kekayaan AS$500 di tangga ke-31, berkongs kedudukan dengan dua orang lelaki.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...