Artikel Popular

Saturday, November 10, 2012

Kemenangan Obama, Wall Street Mengamuk!

SABTU, 10 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Berikutan keputusan kempen Romney mengaku kalah di Florida, maka Barack Obama memenangi 332 undi badan perwakilan pemilih berbanding 206 undi bagi Mitt Romney.  Dengan itu, bemakna Obama memenangi lapan daripada sembilan negeri berayun yang merupakan medan pertempuran; kecuali North Carolina dimenangi oleh Romney.

Jika diperhatikan urus niaga Bursa Saham New York pada 7 dan 8 November, seakan-akan kemenangan Obama tidak dialu-alukan.  Pada hari pertama, iaitu hari Rabu selepas Obama mencipta kemenangan, indeks Purata Perindustrian Dow Jones (Dow) jatuh 312.95 mata (2.4 peratus), kepada 12,932.73 mata.  Seterusnya, pada hari Khamis, Dow jatuh 121.41 mata (0.94 peratus), kepada 12,811.32 mata.  Hanya pada hari Jumaat, 9 November, Dow berhenti daripada "jatuh bebas," meningkat  hanya 4.07 mata, kepada 12,815.39 mata.  Saham Amerika Syarikat mengalami minggu terburuk sejak Jun selepas kemenangan Obama.  Pasaran diperhatikan tidak menerima pendirian Obama untuk menyelesaikan fiscal cliff.   Akibat kejatuhan teruk selama dua hari berturut-turut, Dow berundur daripada wilayah 13,000 mata atau lebih,  yang didudukinya sejak berbulan-bulan.

Kejatuhan tersebut dikaitkan dengan kemungkinan berlaku fiscal cliff berikutan kemenangan Obama.  Sedikit sebanyak ada kaitannya dengan kekalahan calon pilihan Wall Street, iaitu Mitt Romney.  Dalam pilihan raya kali ini, Wall Street diperhatikan meninggalkan Obama, lalu mendakap Romney yang jelas dapat dilihat dari sumbangan derma mereka kepada calon Republikan itu.  Keberangan itu sebahagiannya berpunca daripada kata-kata Obama, "kucing gemuk Wall Street."


Dengan kemenangan Obama dan Senator Elizabeth Warren,  menurut Tim Fernholz, sememangnya, pilihan raya  terburuk untuk Wall Street dalam berdekad-dekad.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...