Artikel Popular

Sunday, November 25, 2012

Pengantin Kanak-kanak di Seluruh Dunia

AHAD, 25 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dianggarkan 10 juta perkahwinan berlaku di seluruh dunia setiap tahun, dengan sekurang-kurangnya salah seorang pasangannya, biasanya perempuan, ialah berumur kurang 18 tahun. Hal ini didedahkan oleh The Editors Bloomberg bahawa di 16 buah negara, separuh kanak-kanak perempuan berkahwin pada usia berkenaan.  Afrika Barat mencatatkan jumlah tertinggi perkahwinan kanak-kanak, dan jumlah yang besar di Asia Selatan.  Di banyak tempat, pengantin perempuan  betul-betul muda.  Di Niger, 36 peratus kanak-kanak perempuan berkahwin sebelum memasuki 15 tahun.

Perkahwinan ini, menurut The Editors lagi, mewujudkan pelbagai penyakit sosial.  Pengantin perempuan yang terlalu muda mengandung pada usia yang terlalu muda, selalunya sebelum badan mereka benar-benar matang, meletakkan si ibu dan anak dalam risiko.  Di dunia membangun, bayi yang dilahirkan oleh si ibu yang berusia bawah 20 tahun berkemungkinan besar kematian semasa lahir atau meninggal dunia pada bulan pertama berbanding bayi yang si ibu berusia antara 20 hingga 29 tahun.  Kanak-kanak perempuan yang mengandung ketika usia kurang 15 tahun adalah lima kali besar kemungkinan meninggal dunia ketika bersalin berbanding dengan wanita yang berusia 20 tahun ke atas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...