Artikel Popular

Friday, November 23, 2012

FC Barcelona Bukan Sekadar Kelab?

JUMAAT, 23 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kemungkinan Catolania muncul  sebagai negara merdeka, iaitu tidak lagi merupakan wilayah dalam negara Sepanyol, tidak ditolak oleh cerdik pandai.  Pilar Rahola yang menulis dalam The Guardian, yang cuba mencuba menjawab persoalan kemungkinan itu, menyoal balas, mengapa tidak? 

Setelah menyusuri sejarah Sepanyol, bukan  sebuah negara yang lahir  daripada perjanjian antara rakyat, tetapi oleh seorang yang menguatkuasakan dirinya pada orang lain, Rahola menegaskan bahawa "kerana kita ialah rakyat, kerana  sudah naik meluat, kerana kita percaya dalam demokrasi, dan kerana kita berhasrat mengamalkan demokrasi."  

Seandainya hasil pungutan suara, Catolania menjadi negara merdeka, FC  Barcelona juga turut menjadi perhatian:  FC Barcelona bukan sekadar kelab bola sepak.  Kelab bola sepak itu merupakan ikon sukan budaya yang agung di wilayah itu dan memainkan peranannya dalam pembentukan identiti Catalan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...