Artikel Popular

Saturday, November 17, 2012

Greece Negara Miskin Dihuni oleh Orang yang Sangat Kaya

SABTU, 17 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH



George Soros mencadangkan supaya kaum imigran dibantu demi menunjukkan perpaduan Eropah dan menyekat kebangkitan neo-Fasis Parti Fajar Keemasan dan puak kanan jauh.  Rakyat Greece bukan sahaja terpaksa menanggung akibat krisis hutang, bahkan juga mereka semakin sengsara akibat pelaksanaan langkah jimat-cermat.  Keberangan mereka terhadap kerajaan mereka yang melaksanakan langkah berkenaan semakin membuak-buak dan tidak terkawal lagi.

Dalam pada itu, golongan satu peratus, iaitu golongan kaya  di negara itu, seperti yang dilaporkan oleh Spiegel Online International, hidup tanpa membayar cukai dan sesetengahnya berusaha untuk mengelak daripada memenuhi kewajipan mereka pada negara.  

Tatkala rakyat jelat Greece terpaksa menanggung penderitaan yang berpanjangan akibat pelaksanaan satu demi satu jimat-cermat, golongan kaya ini hidup dengan mengelakkan pembayaran cukai.  Mereka terdiri daripada ahli politik, pelakon, dan ahli perniagaan, kesemuanya dianggap mempunyai akaun  di HSBC,  cawangan bank British di Geneva. Para pakar menganggar bahawa orang Greece mempunyai simpanan mencecah 170 bilion euro dalam bentuk aset yang disimpan selamat di Switzerland.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...