Artikel Popular

Tuesday, November 6, 2012

Menjejaki Peta Pilihan Raya

SELASA, 6 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH





Esok (waktu Malaysia), mungkin mulai pagi, satu demi satu keputusan badan perwakilan pemilih akan diketahui sehingga salah seorang calon, sama ada Barack Obama  ataupun Mitt Romney memperoleh 270 undi sebelum keputusan penuh diketahui.

Dalam pada itu, ketika menghitung detik Hari Pilihan Raya yang berlangsung hari ini (malam ini waktu Malaysia), pihak peninjau pendapat dan media sibuk mengemaskinikan peta pilihan raya masing-masing untuk memandu para pembaca mengikuti perjalanan kedua-dua calon itu, iaitu Obama daripada Parti Demokratik dan Romney daripada Republikan, ke Rumah Putih.

Di bawah ini ditunjukkan beberapa peta berkenaan yang disusun mengikut abjad:

(1)  Ezra Klein daripada Wonkblog:



(2)  John Cassidy daripada blog The New Yorker:


(3)  The Washington Post  (Obama 243 undi, Romney 206, 89 "lambung duit"):  


(4)  Time (Obama 249 undi, Romney 206, dan 83 "lambung duit"):



Peta lain yang dapat diikuti, yang boleh dilayari melalui Internet:

(1)  CNN  (Obama 237 undi, Romney 206, 95 "lambung duit"). 
(2)  Los Angeles Times (Obama 243 undi, Romney 191, 104 "lambung duit).  
(3)  Nate Silver daripada FiveThirtyEight  (Obama 315.2 undi, Romney 222.8).
(4)  Politico (Obama 303 undi dan Romney 235.  Obama dijangkakan memperoleh 66 undi daripada negeri berayun, manakala Romney 44 undi). 
(5)  RealClearPolitics (Obama 201 undi, Romney 191, dan 146 "lambung duit).  Tanpa "lambung duit,"  Obama 303 undi dan Romney 235 undi.
(6)  The Economist (Obama 253 undi, Romney 206, dan 79 "lambung     duit").
(7)  The Huffington Post  (Obama 271 undi, Romney 191, dan 76 "lambung duit").
(8)  The New York Times: (Obama 243 undi, Romney 206, dan 89 "lambung duit").
(9)  Talking Point Memo atau ringkasnya TPM (Obama 290 undi, Romney 191, dan 57 "lambung duit").

Jangan lupa empat model peramalan Presiden yang dikemukakan Kevin Drum, yang dipetik beberapa kali dalam blog ini,  antara model itu, ada yang dikemukakan dalam bentuk peta.  Model peramalan tersebut yang dikemaskinikan pada 5 November,  terdiri daripada yang diperkenalkan oleh Nate Silver dan Andrew Tanenbaum yang diletakkan di sebelah atas, manakala yang diperkenalkan  Sam Wang dan Josh Putnam di sebelah bawah. Tanenbaum melalui peta badan perwakilan pemilih, meramalkan Obama memperoleh 294 undi, Romney 220 undi, dan 24 "lambung duit." Sementara Putnam  meramalkan 332 undi untuk Obama dan 206 undi untuk Romney.  Peramalan purata, menurut Drum, 312 undi badan perwakilan pemilih untuk Obama berbanding 219 untuk Romney - kurang sedikit jika dibandingkan dengan ramalan Nate Silver.




Blog ini akan mengemaskinikan mana-mana peta badan perwakilan jika perlu dan memasukkan peta baru jika peta berkenaan diperoleh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...