Artikel Popular

Sunday, November 25, 2012

Dilema Pemberi Maklumat: Wira atau Paria?

AHAD, 25 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Untuk menjadi pemberi maklumat (whistleblower) bukan suatu perkara yang mudah.  Banyak risiko yang terpaksa dihadapi.  Kalau "silap haribulan," orang yang disyaki melakukan kesalahan akhirnya bebas, sedangkan pemberi maklumat dicampakkan ke dalam penjara.

Masalah ini dikupas dan dibahaskan oleh Simon Neville dalam The Guardian, yang antara lain beliau tegaskan, "kerjaya mungkin dimusnahkan, perkahwinan tegang, status paria paling pasti," sambil merujuk tindakan pemberi maklumat syarikat perisian Autonomy yang tampil untuk memberitahu bos baru mereka di Hewlett Packard (HP) tentang dakwaan ketidakaturan kewangan dalam perniagaan tersebut.

HP telah pun menghapus kira AS$8.8 bilion daripada nilai Autonomy yang dibeli pada harga AS$10 bilion kurang setahun lalu.  Bagi pemberi maklumat, dia berhak mendapat bayaran berjuta-juta dolar mengikut peraturan baru Amerika Syarikat dan bukannya menghadapi pemecatan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...