Artikel Popular

Saturday, November 10, 2012

OECD: China Mengatasi AS, Dunia Membangun Menggerhanakan Barat

SABTU, 10 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada tahun 2016,  ekonomi China, menurut Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), akan mengatasi Amerika Syarikat (AS).  Organisasi kumpulan pemikir yang beribu pejabat di Paris, meramalkan dalam empat akan datang, China muncul ekonomi terbesar di dunia, menurut The Guardian.  

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global akan tumbuh sebanyak tiga peratus dalam sepanjang 50 tahun akan datang, tetapi wujud perbezaan yang besar antara negara dan wilayah.  Pada tahun 2025, OECD meramalkan bahawa gabungan KDNK China dan Indfia akan lebih besar daripada gabungan KDNK Jerman, Italy, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan Kanada.

OECD juga menyatakan  bahawa China, India, dan dunia membangun yang lain akan menggerhanakan Barat dari segi anjakan dramatik keseimbangan kuasa ekonomi pada tahun 2060.  Lima dekad akan datang akan menyaksikan perubahan besar dari segi bahagian negara dalam output global, demikian OECD dalam laporan Looking to 2060:  Long-Term Global Growth Prospects, menggunakan model ekonomi baru yang meramalkan bahawa China akan mengatasi zon euro pada tahun 2012, dan seterusnya Amerika Syarikat dua tahun kemudian.

Sementara carta harian The Economist yang memetik laporan OECD tentang impak pertumbuhan pesat di negara membangun dengan bilangan penduduk yang besar.  Dari segi kesetaraan kuasa beli malar pada tahun 2060,  China dan India masih rendah, iaitu masing-masing 59 peratus dan 27 peratus jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat.


Jika ramalan OECD itu benar, nescaya Pilihan Raya Amerika Syarikat pada tahun 2016, lebih menampakkan lanyakan terhadap China, yang dianggap sebagai ancaman terhadap negara kuasa besar itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...