Artikel Popular

Wednesday, November 14, 2012

Jimat-cermat: Bertemu Buku dengan Ruas

RABU, 14 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kebanyakan kerajaan di Eropah begitu ghairah untuk melaksanakan jimat-cermat, meskipun langkah itu didapati memudaratkan lagi ekonomi yang sedang menghadapi pemulihan yang lemah dan kadar pengangguran yang tinggi.

Langkah yang tidak popular yang semata-mata bertujuan mengurangkan defisit, tetapi rakyat jelata yang menanggung akibatnya, mencetuskan kemarahan mereka.  Tentangan mereka yang secara tersusun melalui kesatuan sekerja berlaku merentas Eropah.  Pada  Oktober  lalu, kesatuan sekerja  dilaporkan berarak di London, Glasgow, dan Belfast,  menentang pemotongan belanjawan kerajaan. Minggu lalu berlaku di Athens, membantah belanjawan jimat-cermat Greece pada tahun 2013.

Pada hari ini, dilaporkan bahawa kesatuan sekerja menganjurkan Hari Bertindak, dengan para pekerja di Sepanyol, Greece, Italy, dan Portugal semula dijangkakan melancarkan mogok dan protes.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...