Artikel Popular

Friday, November 9, 2012

Kekalahan Romney: Keadilan Impian untuk Cucu Jimmy Carter

JUMAAT, 9 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sebaik-baik sahaja David Corn mendedahkan pita video "47 peratus,"  nama  James Carter IV terus mendapat perhatian.  Beliau dikatakan bertanggungjawab mencari pita video itu dan menyerahkannya kepada Corn daripada Mother Jones.

Carter memberitahu NBC News bahawa selepas beliau menghantar makalah majalah itu kepada datuknya, bekas Presiden Jimmy Carter, menjawab dengan bersemangat, menulis:  "James:  Hal ini luar biasa.  Tahniah! Papa." Carter juga memberitahu NBC bahawa kritikan Romney terhadap datuknya mengganggu fikirannya, memberikan lebih motivasi untuk menyiarkan video tersebut."

Seperti yang dilaporkan dalam New York Magazine, Carter mencari klip tentang Republikan sejak lama lagi, hampir setiap hari.  "Saya hanya melakukannya untuk suka-suka."  Memang menjadi kegemaran beliau untuk mencari YouTube setiap beberapa hari untuk kata kunci, seperti "Romney" dan "Republicans." 

James Carter naik berang kerana Romney dalam kempennya, mempersendakan datuknya, Jimmy Carter yang menjadi Presiden Amerika untuk satu penggal  kerana kalah di tangan Ronald Reagan pada tahun 1980.  "Hantu Jimmy Carter," ulas James Jacoby dalam The Boston Globe berikutan pendedahan pita video "47 peratus" itu dan perbandingan dasar luar Obama dengan Jimmy Carter dari segi dasar luar yang lemah.

"Saya mendapat banyak mesej Twitter daripada orang yang menyokong saya dan berkata bahawa ini ialah keadilan impian (poetic justice)" beritahu James Carter.

Dalam senarai yang menang dan yang tewas, Ewen MacAskill, memasukkan David Corn sebagai salah seorang pemenang kerana mendedahkan pita video "47 peratus" yang merupakan "September yang sukar" untuk Romney.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...