Artikel Popular

Sunday, November 4, 2012

Pilihan Raya Presiden dalam 90 Saat

AHAD, 4 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tatkala Hari Pilihan Raya hanya tinggal dua hari lagi, setiap calon yang bertanding, iatu Barack Obama dan Mitt Romney dilaporkan menggiatkan kempen masing-masing.  Obama, seperti yang dilaporkan muncul bersama-sama bekas Presiden Bill Clinton untuk berkempen di Bristow, Virginia.    

Selain dua calon berkenaan, Clinton  turut mendapat perhatian sejak Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik, di Charlotte, North Carolina, pada awal September.  Dalam persidangan itu, Clinton bukan sahaja berucap. tetapi juga mencadangkan Barack Obama sebagai calon Presiden daripada Parti Demokratik. Dalam pilihan raya kali ini, Clinton ke sana ke mari berkempen untuk Obama dan calon-calon Demokrat yang lain, sesuatu yang berbeza dengan bekas Presiden George W. Bush, yang  bercuti di Kepulauan Cayman.

Dalam pada itu, Obama, menurut beberapa tinjauan pendapat terkini, terus menguasai beberapa negeri medan pertempuran atau negeri berayun, terutamanya Ohio.  Meskipun beliau mendahului Romney pada tahap yang rendah, tetapi ini cukup untuk menentukan kemenangan beliau untuk penggal kedua.  

Sementara model penjejakan HuffPost Pollster menunjukkan untuk kali pertama dalam masa dua minggu, Obama mendahului Romney, iaitu 47.6 peratus berbanding 47.1 peratus.

Selain tinjauan pendapat, pihak majalah dan media sibuk mengemaskinikan peta pilihan raya masing-masing untuk menunjukkan undi badan perwakilan pemilih yang dijangkakan oleh Obama dan Romney.  Antara peta yang menarik yang dipersembahkan ialah oleh The Economist melalui carta hariannya, yang menjejak jangkaan undi badan perwakilan pemilih kedua-dua calon setiap hari sejak April.  

Obama pernah dijangkakan memperoleh  yang tertinggi pada 3 Oktober, iaitu 269 undi badan perwakilan pemilih, tetapi merosot selepas itu, kerana prestasi buruk beliau dalam debat pertama Presiden yang berlangsung di Denver, Colorado.  Setaka 1 November, Obama dijangkakan memperoleh 201 dan Romney 191 undi badan perwakilan pemilih, mana selebihnya adalah "lambung duit."

Untuk mengikuti Pilihan Raya Presiden dalam 90 saat yang disediakan oleh majalah tersebut, sila layari:



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...