Artikel Popular

Tuesday, November 13, 2012

Perkataan Tahun 2012: GIF

SELASA, 13 November 2012 (Dikemaskinikan  15 November 2012, 8.50 malam)
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Untuk tahun ini, Oxford Dictionaries, dilaporkan oleh Time dan Salon, memilih GIF sebagai perkataan tahunan.  GIF ialah kata kerja, bukan sekadar kata nama, yang diperoleh daripada pengembangan fail GIF, mengatasi perkataan YOLO.

"GIF berkembang daripada medium untuk memes budaya pop menjadi alat dengan penggunaan serius, termasuk penyelidikan dan kewartawanan. dan identiti leksikalnya adalah berubah  untuk mengikut kemajuan," jelas Katherine Martin, ketua program perkamusan Amerika Syarikat di Oxford.

Kemas kini 15 November, pukul 8.50 malam:

Perkataan tahunan, GIF, menurut Zachary M.  Seward,  tidak dapat bertahan lama, akan lenyap daripada laman Web pada akhir dekad ini (rujuk di bawah):


Sementara Katy Waldman yang mengulas pemilihan perkataan tersebut sebagai berita baik dan berita buruk, berhujah bahawa GIF bukannya perkataan tahun 2012, dan oleh itu, pilihan yang mendukacitakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...