Artikel Popular

Thursday, November 8, 2012

Bagaimana Peta Kemenangan Obama Terlakar

KHAMIS, 8 November 2012 (Dikemaskinikan pada 9 November, 11.30 pagi)
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mengapa Mitt Romney tewas dibahaskan dengan panjang oleh Paul Begala dan Robert Shrum dalam The Daily Beast sambil menempelak beliau dan Republikan, dan oleh Richard Cohen.  Bagaimana Barack Obama menang juga dibahaskan, antaranya oleh Beth Reinhard, iaitu dengan  menjadikan Romney lelaki yang silap, Jonathan Alter, dan   Steve Forbes, juga oleh Amy Davidson,  John Cassidy, dan Adam Gopnik  daripada The New Yorker - majalah yang menyokong Obama.

Pada pukul 10.45 malam waktu Pantai Timur Amerika, gong berbunyi di ibu pejabat kempen Obama di Chicago ketika negeri penting jatuh ke dalam tangan penjawat kini.  New Hampshire. Bong. Pennsylvania. Bong.  Wisconsin. Bong. Demikian catat Adam Sorensen dalam Time, detik-detik kemenangan Obama.  "Suatu malam yang besar  Obama," tulis Molly Ball dalam The Atlantic.

Alex Hoyt mencatatkan bagaimana Barack Obama melakarkan peta kemenangannya pada malam Pilihan Raya itu, bermula  pukul 5.00 petang apabila kedudukan terikat 0-0.  Hanya pukul 7.18 malam, perlumbaan berubah dengan Obama memperoleh tiga undi dan Romney memperoleh lapan undi badan perwakilan pemilih.  Selepas kedudukan saling dahulu mendahului antara dua calon itu, pada pukul 11.25 malam, Obama berjaya melepasi garisan 270 undi apabila beliau memperoleh 277 undi sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan penyokong Republikan. Obama terus melebarkan jarak pada pukul 1.12 pagi dengan memperoleh 303 undi berbanding 203 undi untuk Romney.  

Perlumbaan  berkesudahan 303 undi untuk Obama dan 206 undi untuk Romney, manakala keputusan daripada Florida belum lagi diketahui. 

Berikutan kempen Romney mengaku kalah di Florida, Obama memenangi 332 undi, manakala Romney kekal dengan 206 undi.  Obama mencapai prestasi yang baik di semua negeri berayun.  Beliau hanya kalah di Indiana dan North Carolina daripada kemenangan besar beliau pada tahunn 2008, apabila beliau memenangai 365 undi badan perwakilan pemilih.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...