Artikel Popular

Friday, November 18, 2011

Pertumbuhan 5.8 peratus untuk Suku Ketiga

JUMAAT, 18 November 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.8 peratus untuk suku ketiga 2011, dan yang terbaik jika dibandingkan dengan dua pertama dan kedua sebelum ini, berikutan pemintaan domestik yang kukuh.  Permintaan ini, seperti yang dimaklumkan  oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz,  dipacu oleh pengembangan kedua-duanya, iaitu permintaan isi rumah dan perniagaan, di samping perbelanjaan  sektor awam yang tinggi.

Permintaan domestik berkembang sembilan peratus berbanding dengan 5.6 peratus dalam suku kedua tahun ini dipacu oleh pengembangan perbelanjaaan sektor  swasta dan perbelanjaan sektor awam yang tinggi. Sementara penggunaan meningkat sebanyak 7.3 peratus berbanding dengan 6.4 peratus dalam suku kedua seiring dengan pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan, manakala penggunaan awam meningkat sebanyak 21.7 peratus daripada 6.6 peratus dalam suku kedua berikutan perbelanjaan yang tinggi untuk emolumen, bekalan dan perkhidmatan,  di samping bayaran  bonus. 

Dengan pertumbuhan yang memberangsangkan pada suku ketiga, apakah Malaysia pada laluan yang betul untuk mencatatkan pertumbuhan lima peratus untuk tahun 2011? 

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...