Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Meskipun lebih tiga tahun berlalu, keruntuhan Lehman Brothers masih menghantui pasaran kewangan, terutamanya di zon euro. Ketakutan seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, bahawa sistem perbankan United Kingdom (UK) dikopak-kapikkan oleh "peristiwa impak tinggi" kini lebih genting jika dibandingkan pada mana-mana masa sejak keruntuhan Lehman Brothers pada tahun 2008. Akhbar itu memetik kajian Bank of England yang menunjukkan Selasa semalam, dengan kebimbangan tentang krisis hutang kedaulatan di zon euro menduduki tangga teratas dalam senarai kebimbangan.
Tatkala saham bank jatuh dengan ketara di London dan di seluruh zon euro di tengah-tengah kebimbangan bahawa bank kedua terbesar di Jerman, iaitu Commerzbank memerlukan suntikan modal kecemasan, Bank of England juga mendedahkan bahawa keyakinan dalam keteguhan sistem kewangan UK jatuh dengan ketara pada tahap yang terendah untuk tempoh dua tahun.
Memetik Systemic Risk Survey yang diterbitkan dua kali setahun, tanggapan bahawa wujud peristiwa "impak tinggi" pada tahun depan, seperti keruntuhan euro, meningkat dalam enam bulan lalu dan kebimbangan mencecah tahap tertinggi sejak kajian bermula pada Julai 2008.
No comments:
Post a Comment