Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sebelum pergi kepada Samir Amin berhubung dengan pemikiran beliau tentang imperialisme, elok juga ditinjau secara sepintas lalu tulisan James Petras, "Imperialism and Democracy: White House or Liberty Square?" yang mempunyai kaitannya dengan pencerobohan (penaklukan) Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan Iraq. Juga mempunyai kaitannya dengan pencerobohan Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis bersama-sama Nato menyerang Libya yang berkesudahan dengan tumpasnya Muamar Gaddafi, dan bermulanya penjajahan semula, bahas Aijaz Ahmad dengan memperalatkan hak asasi manusia.
Menurut Petras, hubungan antara imperialisme dengan demokrasi dibahaskan dan dibincangkan sepanjang 2500 tahun, dari Athens abad kelima ke Liberty Park di Manhattan. Kritikan sezaman terhadap imperialisme (dan kapitalisme) menegaskan menemui ketakserasian asas, memetik langkah negara polis yang semakin menjadi-jad menyertai perang kolonial. Pada masa lalu, walau bagaimanapun, bahas beliau, banyak ahli teori imperalisme tentang pujukan politik yang berbeza, bermula daripada Max Weber kepada Vladimir Lenin, berhujah bahawa imperialisme menyatupadukan negara, mengurangkan polarisasi kelas dalaman, mewujudkan pekerja yang mempunyai hak istimewa yang secara aktif menyokong dan mengundi parti imperial.
James Petras yang mengingatkan bahkan Karl Marx menyokong penaklukan British ke atas India, menegaskan bahawa pengembangan imperial berjaya dalam penaklukan mudah mengakibatkan pekerja demokratik tanah jajahan yang menguntungkan (terutamanya tanah jajahan peneroka) menerima empayar dengan hati yang lapang. Hal ini berlaku kerana empayar memperkukuh perdagangan, iaitu eksport dan import murah yang menguntungkan, manakala melindungi pasaran dan pengilang tempatan. Keadaan ini seterusnya memperluas guna tenaga dan upah untuk sektor yang besar kelas pekerja. Akibatnya, buruh dan parti demokratik sosial dan kesatuan sekerja tidak menentang imperialisme, bahkan yang menyokongnya.
Sebaliknya, Petras mengingatkan apabila perang imperialis membawa kepada pertumpahan darah dan konflik yang merugikan yang berpanjangan, kelas pekerja beranjak daripada keghairahan cauvinis awal kepada kekecewaan dan penentangan. Tuntutan demokratik untuk "menamatkan peperangan" membawa kepada mogok mencabar pengorbanan yang tidak seimbang. Demokratik dan sentimen antiimperialis cenderung untuk meletup.
Jelas beliau, konflik antara demokrasi dengan imperialisme menjadi lebih jelas dalam kes kekalahan imperial dan pendudukan ketenteraan. Kedua-dua kekalahan, iaitu kekalahan Perancis dalam perang Jerman-Perancis 1870 - 1871 dan Jerman dalam Perang Dunia Pertama mencetuskan pemberontakan sosialis demokratik besar-besaran, menyerang fahaman ketenteraan, penguasaan golongan pemerintah, dan seluruh rangka institusi kapitalis imperial.
Petras menyimpulkan tulisannya bahawa empayar dan demokrasi saling melengkapai pada masa imperalisme menjadi semakin penting dan berpengaruh. Apabila perang penaklukan adalah pendek dan tidak mahal, dan apabila hasilnya menguntungkan untuk modal dan pewujudan pekerjaan untuk buruh, maka majoriti demokratik ikut serta dalam menyokong elit imperial. Institusi demokratik berkembang subar apabila empayar seberang laut menyediakan pasaran, sumber murah, dan meningkatan taraf hidup.
Namun, beliau mengingatkan bahawa perkahwilnan demokrasi dengan imperialisme bukannya "struktur," sebaliknya merupakan kontingen pada siri keadaan yang berubah, yang boleh menyebabkan putusnya hubungan yang mendalam antara kedua-duanya, seperti yang berlaku sekarang. Beliau juga mengingatkan bahawa perang imperial uang berpanjangan, yang kerugian, memakan belanja yang besar yang menghakis taraf hidup untuk seluruh generasi melemahkan konsensus antara pemerintah imperial dengan warga demokratik.
Balik kepada Samir Amin - sebenarnya beliau pernah menulis beberapa makalah tentang imperialisme yang diterbitkan dalam Monthly Review, antaranya "Imperialism and Globalization"
dengan hujah bahawa imperialisme bukannya tahap, bahkan bukannya tahap tertinggi kapitalisme. Sejak awal lagi, imperialisme telah wujud dalam pengembangan kapitalisme. Imperialis menakluki planet dengan anak-anak Eropah dan Amerika Utara dilaksanakan dalam dua fasa dan mungkin memasuki fasa ketiga.
Fasa pertama, Amin, perusahaan yang membawa kemusnahan diatur sekitar menakluki Amerika, dalam rangka sistem merkantilis Eropah Atlantik ketika itu. Fasa kedua kemusnahan imperialis berasaskan Revolusi Perindustrian dan memperlihatkan dengan sendirinya dalam penaklukan kolonial terhadap Asia dan Afrika. "Untuk membuka pasaran," seperti pasaran candu yang dipaksa ke atas orang Cina oleh puak Puritan England dan untuk menguasai sumber asli di dunia adalah motif sebenar, seperti yang setiap orang dapat lihat sekarang. Fasa kedua imperialisme merupakan punca yang masalah yang paling besar yang manusia pernah hadapi: polarisasi yang sangat besar yang melebarkan ketidaksamaan antara manusia daripada nisbah maksimum dua dengan satu sekitar tahun 1800, kepada nisbah 60 dengan satu hari ini, dengan hanya 20 peratus penduduk dunia termasuk di pusat yang menikmati faedah sistem berkenaan.
Persoalan imperialisme, hujah Samir Amin, "terus membebani sejarah kapitalisme hingga kini. Justeru, kemenangan gerakan pembebasan yang hanya selepas Perang Dunia Kedua memenangi kemerdekaan politik negara Asia dan Afrika bukan sahaja menamatkan sistem kolonialisme, tetapi juga dari segi cara menamatkan era pengembangan Eropah yang dibuka pada tahun 1492. Untuk empat setengah abad, iaitu dari 1500 hingga 1950, pengembangan mengambil bentuk melalui pembangunan kapitalisme sejarah, hingga takat dua aspek realiti yang sama ini tidak dapat dipisahkan."
Hujah beliau lagi, "Hari ini kita menyaksikan permulaan kemusnahan dunia oleh pengembangan imperialis, digalakkan oleh keruntuhan sistem Soviet dan rejim nasionalisme populis di Dunia Ketiga. Objektif modal dominan masih sama, iaitu mengawal pengembangan pasaran, menjarah sumber asli di bumi ini, eksploitasi berlebihan-lebihan terhadap rizab buruh di pinggir, meskipun objektif itu diteruskan dalam keadaan yang adalah baru dan dalam beberapa aspek sangat berbeza dengan fasa sebelumnya: "tugas untuk campur tangan" dianggap wajar untuk mempertahankan "demokrasi," "hak orang ramai," dan "kemanusiaan."
Dalam tulisannya ini, Amin menyentuh demokrasi yang merupakan satu keperluan mutlak untuk pembangunan. Akan tetapi, bahas beliau, "kita masih mesti menjelaskan mengapa, dan pada keadaan macam mana, kerana hanya baru-baru ini, demokrasi nampaknya diterima secara umum. Tidak berapa lama dahulu, dogma dominan di Barat, seperti di Timur dan Selatan, adalah bahawa demokrasi adalah 'mewah' yang hanya boleh muncul selepas 'pembangunan menyelesaikan masalah kebendaan masyarakat."
Bagi Amin, di setiap tempat, atau hampir di setiap tempat, terdapat percakapan rasmi harian tentang keprihatinan terhadap demokrasi; sijil demokrasi, dianugerahkan dalam bentuk sewajarnya merupakan "syarat" untuk mendapatkan bantuan daripada demokrasi besar, kaya; dan seterusnya.
Dalam "U.S. Imperalism, Europe, and the Middle East," Samir Amin mengemukakan analisis berkenaan peranan Eropah dan Timur Tengah dalam strategi imperialis global Amerika Syarikat ditetapkan dalam wawasan sejarah umum pengembangan kapitalis yang pernah beliau kembangkan di tempat lain. Menurut pandangan ini, hujah beliau, kapitalisme selalunya, sejak permulaannya, secara semula jadi, sistem yang mewujudkan polarisasi, iaitu imperialis. Polarisasi ini, pembinaan serentak pusat dominan dan pinggiran yang dikuasai, dan pengeluaran semula mereka semakin dalam pada setiap tahap adalah wujud dalam proses pengumpulan modal yang beroperasi pada skala dunia.
"Dalam teor pengembangan global kapitalisme ini," tulis Amin, "perubahan kualitatif dalam sistem pengumpulan, dari fasa satu sejarah ke fasa seterusnya, mewajahkan bentuk seterusnya polarisasi pusat/pinggiran asimetri, iaitu imperialisme konkrit. Sistem dunia sezaman akan dengan itu, kekal imperalis (mempolarisasikan) menerusi masa depan yang boleh dilihat, selagi logik fundamentalnya kekal dikuasai oleh hubungan pengeluaran kapitalis. Teori ini menyekutukan imperalisme dengan proses pengumpulan modal pada skala seluruh dunia, yang saya anggap sebagai membentuk realti tunggal yang pelbagai dimensi yang pada hakikatnya tidak boleh dipisahkan."
Amin menjelaskan bahawa teori yang beliau kemukakan itu berbeza daripada versi teori Lenin yang dikaburkan tentang "Imperialisme, fasa tertinggi kapitalism, seperti daripada teori pascamoden sezaman yang menjelaskan globalisasi baru sebagai "pascaimperialis."
Mungkin agak memeranjatkan dalam "Political Islam in the Service of Imperialism," Samir Amin menegaskan bahawa Islam politik hanyalah alat imperialisme. "Pada permukaan isu politik sebenar, Islam politik bersekutu dengan kem kapitalisme bebas dan imperialis dominan. Islam politik mempertahankan prinsip ciri kudus harta dan mengesahkan ketidaksamaan dan semua keperluan pengeluaran semula kapitalis."
Samir Amin, adalah antara intelektual Marxis yang sentiasa berbicara tentang imperialisme, termasuk yang berhubung dengan perang mata wang, imperialisme dan puak Kiri Eropah, dan medan pertarungan yang menjadi pilihan imperialisme sezaman.

No comments:
Post a Comment