Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Barangkali belum terlewat dan bahkan tidak keterlaluan untuk kembali semula kepada "The Contradictions of the Arab Spring" tulisan Immanuel Wallerstein yang pernah dipetik sebelum ini tentang persamaan ciri revolusi dunia 1968 dengan Pemberontakan Arab, gerakan Menduduki Wall Street, dan protes yang berlaku di seluruh dunia sekarang.
Dalam kalangan orang yang dilupakan, Wallerstein antaranya memasukkan golongan "minoriti" yang dari segi konsep menurut beliau, bukannya dari segi angka, tetapi dari segi sosial. Golongan minoriti sosial ini ditakrifkan dari segi kaum atau agama atau bahasa atau sesetengahnya kombinasinya.
Di mana-mana sahaja, termasuk di negara kita, orang lazimnya cenderung membincangkan golongan minoriti dari segi bilangan atau jumlah. Penganiayaan, penindasan, atau peminggiran golongan minoriti berlaku kerana golongan itu kecil dari segi bilangan. Mereka mungkin tidak menyedari bahawa bahawa minoriti juga dilihat dari segi sosial. Dengan itu, bermakna bahawa majoriti dari segi bilangan, kemungkinan minoriti dari segi sosial; demikian juga minoriti dari segi bilangan, kemungkinan majoriti dari segi sosial.
Dengan menggunakan konsep minoriti angka dan minoriti sosial yang diperkatakan oleh Immanuel Wallerstein itu, jika dilihat dalam konteks negara kita, siapakah golongan minoriti? Paling tidak, jika dilihat dari segi kaum, bahasa, dan yang tidak kurang penting dari segi pemilikan kekayaan atau penguasaan ekonomi. Dari segi bahasa misalnya, meskipun bahasa Melayu dituturkan oleh golongan majoriti di negara ini, dari segi sosial, merupakan minoriti: terpinggir dan terhakis.
Bagi golongan tertentu yang sering melalak mendakwa bahawa mereka merupakan golongan minoriti yang sering dianaktirikan oleh dasar-dasar nasional, harap lakukan sedikit "kerja rumah." Jangan asyik melihat minoriti dari segi angka, tetapi juga dari segi sosial.

No comments:
Post a Comment