JUMAAT, 12 Julai 2019
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Perkembangan yang berlaku sejak mutakhir ini menimbulkan suasana dan keadaan yang menyebabkan orang Melayu berasa marah, sedih, khuatir, tidak senang hati, dan memikirkan kemungkinan yang akan berlaku pada bangsa dalam abad ini. Demikian ulas Hassan Ahmad dalam artikel "Kalut Melayu," Dewan Budaya (Februari 2001). Semasa artikel beliau dalam proses penerbitan, kalut Melayu semakin lantang kedengaran kerana reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong, bahawa orang Melayu di negara kota itu lebih maju berbanding dengan orang Melayu di Malaysia.
Ekorannya, pemimpin Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan, individu, dan media arus perdana di Malaysia riuh-rendah, melenting, dan menyangkal kenyataan itu dengan sekeras-kerasnya. Apabila pemimpin Malaysia menunjukkan pendirian yang kurang senang terhadap kenyataan Perdana Menteri Singapura, maka suku-sakat dan kaum kerabat mereka menunjukkan reaksi yang berlebih-lebihan dan kadang-kadang "lebih sudu daripada kuah." Malahan, Kementerian Luar memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke negara ini untuk menyatakan pendirian dan pendapat Malaysia. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini. beberapa pihak di Malaysia, sering menunjukkan sifat kalut dan latah apabila berhadapan dengan satu-satu isu yang tidak seberapa.
Jika diamati, kenyataan Goh sekadar menunjukkan bahawa orang Melayu di Singapura tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang. Sebagai pemimpin negara yang termaju di Asia Tenggara, beliau pasti ingin menghebahkan kemajuan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pada masa yang sama, mengikis tanggapan orang Melayu Malaysia bahawa orang Melayu di negara itu didiskriminasi dan dipinggirkan oleh pemerintah. Setiap pemimpin di dunia mempunyai sikap "mendabik dada" tentang kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat mereka. Goh merupakan contoh terbaharu daripada beberapa banyak contoh yang wujud selama ini, termasuk Malaysia sendiri.
Perbandingan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Singapura itu berdasarkan ukuran tertentu dan bukannya berdasarkan emosi dan ego. Menurut laporan, Goh menggunakan pendapatan per kapita dan pencapaian orang Melayu dalam bidang tertentu sebagai ukuran untuk membandingkan kemajuan mereka dengan orang Melayu Malaysia. Memang benar bahawa pendapatan per kapita dipersoalkan oleh ahli ekonomi, tetapi ukuran itu diterima pakai oleh masyarakat antarabangsa. Pendapatan per kapita juga digunakan untuk mengukur kemajuan sesebuah negara jika dibandingkan dengan negara lain. Malahan, pemimpin Malaysia pernah menggunakan pendapatan per kapita (diukur dalam dolar Amerika) untuk menunjukkan kesan kegawatan ekonomi yang berlaku pada Julai 1997 terhadap rakyat negara ini.
Pihak yang berkenaan d Malaysia sepatutnya mengkaji perbandingan Goh secara mendalam dengan menggunakan pendekatan keilmuan sesuai dengan era ekonomi ilmu (k-ekonomi) dan bukannya dengan penuh emosi. Seolah-olah orang Melayu khusus dan orang Malaysia amnya, tidak boleh disentuh, diusik, dan dikritik. Apabila berhadapan dengan perbuatan sedemikian, nescaya reaksi mereka berkobar-kobar. Telah banyak terbukti bahawa tindak balas yang berbentuk emosi dalam berhadapan dengan negara jiran dan negara luar membuahkan hasil yang tidak dapat dimanfaatkan. Oleh sebab gemar bertindak balas secara emosi, maka negara berkenaan sering mengusik dan mempersendakan Malaysia.
Kemajuan orang Melayu Singapura membuktikan rumpun Melayu, sebagai golongan minoriti ataupun majoriti yang tinggal di Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja, dan sebagainya, untuk "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan kaum dan bangsa lain di negara berkenaan. Orang Melayu Malaysia tidak sepatutnya sikap iri hati atau cemburu apabila rumpun Melayu berjaya mengejar kemajuan di tanah air mereka sendiri.
Mentaliti atau tanggapan bahawa orang Melayu Malaysia sahaja yang maju berbanding dengan rumpun Melayu lain pasti akan menyempitkan dan dan membekukan dispora Melayu. Sikap memandang rendah terhadap rumpun sendiri kerana disempadani oleh geopolitik dan geobudaya akan merugikan orang Melayu sendiri. Kenyataan Goh adalah dorongan bahawa orang Melayu boleh maju di mana-mana sahaja, meskipun mereka merupakan golongan minoriti. Oleh sesetengah pihak di Malaysia tidak perlu rasa tercabar atau diperlekeh. Tunjukkan kebijaksanaan dan kewarasan apabila berhadapan dengan satu-satu isu, khususnya yang bersifat serantau dan antarabangsa. Tindak-tanduk golongan nasionalis ini (bukan nasionalis bahasa) jika sentiasa ditonjolkan pasti tidak memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.
("Memo Ketua Editor," Dewan Budaya, Mac 2001.)

No comments:
Post a Comment