Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ketika pulang ke Kuala Terengganu untuk menyambut Aidilfitri, saya memerhatikan tidak banyak bendera parti politik yang berkibar jika dibandingkan dengan dua raya yang lalu.Kain rentang Wang Ihsan atau royalti minyak juga tidak kelihatan. Yang ada banyak kain rentang parti politik, iaitu UMNO dan PAS mengucapkan "Selamat Hari Aidilfitri." Oleh itu, sangkaan saya meleset sama sekali kerana pada mulannya, saya menjangkakan bahawa bendera politik sentiasa berkibar di sepanjang jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Apabila saya melihat keadaan sedemikian, saya mengandaikan bahawa pertarungan politik mulai reda.
Namun begitu, ketika berhari raya bersama-sama keluarga dan sahabat handai, saya dapat merumuskan pertarungan poliik antara penyokong dengan penyokon PAS belum reda, meskipun pilihan raya telah berlalu lebih dua tahun. Di bawah ini, saya senaraikan beberapa kes:
Kes pertama: Penyokong PAS mengatakan bahawa banyak orang PAS Terengganu gagal menunaikan ibadat haji tahun lalu kerana Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang kini berkhidmat Duta Besar di Arab Saudi "menyekat" kehadiran mereka.
Kes kedua: Penyokong UMNO mengatakan bahawa penyokong PAS juga mengambil Wang Ihsan yang diberikan sebanyak RM300 seorang, meskipun wang itu dianggap "haram."
Kes ketiga: Kejayaan pasukan bola sepak Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001 kerana tuah pemerintahan PAS di negeri itu. Jawab penyokong UMNO, kalau kemenangan itu kerana tuah PAS, maka Kelantan lebih layak menang kerana PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990.
Kes keempat: Menurut penyokong UMNO, jika banjir berlaku semasa pemerintahan UMNO, maka banjir itu dianggap bala Tuhan. Jika banjir berlaku semasa pemerintahan PAS, dianggap rahmat Tuhan. Menurut penyokong UMNO lagi, ada sebuah tempat di Besut tidak pernah banjir, tiba-tiba banjir besar berlaku di tempat itu semasa pemerintahan PAS.
Setelah mendengar beberapa kisah daripada penyokong kedua-dua belah pihak, saya termenung dan berfikir: Jelas bahawa pertarungan politik antara kedua-dua buah parti itu tidak akan reda. Apa-apa sahaja yang berlaku, seperti menunaikan ibadat haji, banjir, atau menjuarai sesuatu pertandingan, seperti bola sepak, akan dikaitkan dengan politik. Yang kononnnya dianggap "haram" boleh bertukar halal sekiranya seseorang itu mendapatnya.
Selain itu, saya juga tertanya-tanya dari mana mereka mendapat semua cerita yang seakan-akan rekaan itu. Adakah mereka mendapat cerita itu daripada pemimpin tempatan setiap parti berkenaan atau daripada rakan mereka. Kemudian, cerita itu direka lagi atau ditokoh tambah supaya kelihatan menarik. Memang rumit dan keliru sekiran apa-apa sahaja yang berlaku ditafsirkan dan dikaitkan dengan politik.
Lebih malang, kerana setelah mengenal politik demokrasi, pemikiran para penyokong kedua-dua buah parti berkenaan semakin tidak matang dan kurang rasional. Sepatutnya, gejala seperti ini berlaku pada peringkat awal sistem politik demokrasi diamalkan di Malaysia. Jika dibandingkan dengan orang sekarang, jelas bahawa orang dahulu lebih matang, rasional, dan toleran dalam berpolitik.
Dalam pada itu, saya teringat akan kata-kataBurhanuddin al-Helmy kira-kira 50 tahun lalu, yang dimuatkan dalam buku Islam dan Sosialisme. Beliau menegaskan: "Rakyat yang berdiri di belakang PAS adalah mempunyai cita-cita yang sama dengan rakyat yang berdiri di belakang UMNO... Kalau kita melihat pemimpin-pemimpin UMNO tidak jujur, tidak betul, tidak tegas memimpin rakyat mereka, maka adalah kewajipan kita sebagai nasionalis, sebagai patriot, sebagai kawan seperjuangan dari rakyat yang bergerak di bawah lambang perjuangan UMNO, untuk mengkritik, untuk menegur pemimpin UMNO itu. Demikian juga sebaliknya. Kalau pemimpin kita tidak jujur, tidak ikhlas terhadap rakyat, adalah kewajipan rakkyat yang berdiri di belakang UMNO, berkumpul di bawah lambang perjuangan UMNO untuk mengkritik kita, untuk menasihati kita."
Namun begitu, amanat penting Burhanuddin al-Helmy telah lenyap bukan sahaja ditelan zaman, tetapi juga kerana pertarungan politik yang semakin sengit sehingga tidak ada kesudahannya. Kini, kita dapat melihat pertarungan politik hingga "ke titisan darah yang akhir" kerana pencemaran minda yang berleluasa.
("Memo Ketua Editor," Dewan Budaya, Februari 2002.)

No comments:
Post a Comment