Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pergaduhan di Balkan,Caucasus, dan di mana-mana sahaja menunjukkan bahawa trend anariki sedang merebak. Pada tahun 1993, 42 buah negara terlibat dalam konflik yang teruk dan 37 buah negara lain yang mengalami bentuk keganasan politik yang kurang teruk.Enam puluh buah negara daripada 79 buah negara yang terlibat terdiri daripada negara membangun. Demikian ulas Robert D. Kaplan dalam The Ends of the Earth: A Journey at the Dawn of the 21st Century.
Kebenaran kata-kata Kaplan tidak dapat dipertikaikan kerana Asia Barat, Afrika, Balkan, dan Asia Selatan, dan kini, Asia Tenggara merupakan medan anarki. Satu-satu fenomena ketara selepas berakhirnya Perang Dingin dan bermulanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan adalah merebaknya anarki dalam bentuk pergaduhan etnik dan agama. Salah satu kegagalan negara bangsa sejak akhir abad ke-20 adalah untuk memayungi atau memupuk kejamakan budaya.
Malangnya, tidak ada usaha negara di dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membendung keganasan yang kian tidak terkawal, dan seolah-olahnya mereka merestui keganasan, malahan menyediakan satu demi satu tapak anarki. Pada abad ke-21, warga dunia tidak boleh meletakkan harapan mereka untuk hidup dalam suasana yang lebih beradab dan aman damai.
Lebih merisaukan kita, ialah bibit anarki mula kelihatan di Malaysia. Banyak petanda bahawa anarki sedang mencari dan membuka ruang di negara ini, sama ada dalam bentuk etnik, agama, ataupun ideologi politik. Sesungguhnya, persengketaan dan percaturan politik yang semakin sengit dan "toleransi politik yang kian menjunam," seperti kata Tan Sri Musa Hitam semasa ucap perdana Kongres Peradaban Malaysia pada 12 Jun 2001, membuka ruang yang seluas-luasnya kepada anarki untuk bertapak. Persengketaan dan percaturan politik antara golongan yang mempertahankan kuasa dengan yang memburu kuasa mendorong mereka menghalalkan segala tindakan masing-masing sambil mengorbankan kesejahteraan rakyat.jelata. Toleransi politik yang kian menjunam telah mengikis sikap menilai benar atau salah secara objektif. Pihak yang bertelagah, baik di peringkat pemimpin mahupun di peringkat pengikut sering menuding jari antara satu sama lain. Kesilapan pihak lawan diputarbelitkan dan diperbesar-besarkan demi menunjukkan kejaguhan sendiri.
Kepintaran pemimpin meniupkan ketaasuban dalam kalangan pengikut mereka memuncakkan lagi unsur keganasan. Ketaasuban yang tidak terkawal, baik dari segi etnik, agama, mahupun ideologi politik mampu mampu menanam bibit militan. Pastinya, militan akan dicabar dengan militan, sama ada antara individu, kumpulan, dan antara kumpulan dengan pemerintah. Meskipun pemerintah sering mengingatkan kewujudan beberapa ancaman militan, amaran ini kurang mendapat perhatian. Hal ini demikian kerana merudumnya keyakinan rakyat, manipulasi politik, khususnya oleh parti pembangkang, tindak-tanduk pemerintah dalam menangani satu-satu isu yang pada tanggapan umum kurang profesional, dan gambaran media arus perdana yang pada tanggapan umum sebagai gembar-gembur.
Satu-satunya benteng terakhir untuk membendung api anarki ialah faktor ekonomi. Seandainya kegawatan dan kelembapan ekonomi yang melanda negara meninggalkan kesan yang buruk terhadap rakyat, nescaya bibit anarki semakin subur. Ekonomi yang teruk mendedahka negara kepada bermacam-macam angkara yang cenderung membawa kepaada huru-hara. Pada itu, pemerintah akan menguatkan cengkaman melalui tindakan undang-undang serta jenteranya, parti pembangkang pula membakar sentimen rakyat, dan rakyat yang hidup dalam kesusahan dan ketidakpastian semakin gelisah.
Apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian, Malaysia yang mempunyai kekhususan perjalanan sejarah mudah terheret ke arah sengketa berunsur perkauman. Keadaan menjadi semakin runcing kerana agama sejak kebelakangan ini tidak lagi menjamin toleransi.
("Memo Ketua Editor," Dewan Budaya, September 2001.)

No comments:
Post a Comment