Artikel Popular

Tuesday, March 5, 2013

Pencerobohan di Sabah: Mampukah Najib Gemblengkan Sokongan?

SELASA, 5 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Tulisan Charlie Champell dalam Time,  tentang pencerobohan di Sabah yang menurut beliau mengorbankan 26 orang, termasuk dua orang anggota polis Malaysia, antaranya memetik Ong Ooi Heng, Pengarah Eksekutif Political Studies for Change, bahawa di seluruh dunia, ancaman luar selalunya merupakan strategi yang sangat berguna untuk menyemai nasionalisme.  Oleh itu, tambah Ong Ooi Heng, "menyatupadukan pengundi di bawah satu bumbung dan selalunya memberikan manfaat kepada rejim pemerintah."

Dengan hal yang demikian, krisis yang berlaku di Sabah, boleh memberikan kelebihan kepada Najib Razak tatkala Pilihan Raya Umum semakin hampir.  Namun, setakat ini, beliau gagal menggemblengkan sokongan rakyat dalam menangani pencerobohan di Sabah kerana kehilangan fokus.  Beliau gagal menentukan keutamaan, iaitu penceroboh dengan pembangkang di negara ini.  

Secara keseluruhannya, Najib lebih memberikan keutamaan menyerang pembangkang daripada membanteras penceroboh.  Memang, diakui bahawa pembangkang di negara ini kurang ajar, biadap, dan oleh itu, tidak boleh diberi muka. Namun, dalam situasi yang runcing sekarang, Najib sepatutnya menumpukan perhatian dan tindakannya terhadap penceroboh.  Serahkan tugas menyerang pembangkang itu kepada orang lain, banyak lagi anggota Kabinet beliau dan dalam UMNO yang mampu memikul tugas itu.

Sebagai contoh, apabila Presiden Barack Obama membatalkan kempennya, bukan bermakna kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012, beliau dan kempennya tidak kempen langsung.  Sebenarnya, tugas itu diteruskan oleh Naib Presiden, Joe Biden dan bekas Presiden Bill Clinton.

Dalam situasi sekarang, Najib sewajarnya memperlihatkan dirinya sebagai Panglima Besar, dan bukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional. Beliau sepatutnya dapat membezakan antara musuh negara dengan musuh politik.  Sekiranya, beliau menumpukan segala usaha dan tenaganya untuk menghapuskan musuh negara bukannya asyik bertelagah dengan pembangkang, pastinya beliau dapat menggemblengkan sokongan daripada rakyat Malaysia! 


2 comments:

  1. PM dah pi Sabah ke? Masa dok heboh 5 org polis dah mati kat Samporna, PM dok sebok kutuk PR kat Kangar, Perlis. Masa rakyat dok randuk banjir dia tengok banjir kat ataih k/terbang. Boleh pakai lagi ke PM ni?
    JOM UBAH

    ReplyDelete
  2. Bayarlah yang setimpal dengan nilai dollar $5300 tahun 1906, bukan hanya RM5300 setahun.

    On 22 April 1903 His Majesty Sultan Jamalul Kiram signed a document known as "Confirmation of cession of certain islands", under what he either grant and ceded or leased additional islands in the neighbourhood of the mainland of North Borneo from Banggi Island to Sibuku Bay to British North Borneo Company. The sum 5,000 dollars a year payable every year increased to 5,300 dollars a year payable every year.

    http://bruneiresources.blogspot.com/2012/08/british-trade-dollar-in-brunei.html

    Kalau $1 tahun 1906 = RM300. Maka $5300 x RM300 = RM 1 590 000.

    Setara dengan gaji sultan serta kerabat melayu. Dapatlah mereka menjaga kebajikan keluarga mereka yang besar.

    http://www.erapasca.com/2012/11/gempar-gaji-agung-perdana-menteri.html

    Jangan dikhianat perjanjian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...