Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Hari ini beberapa akhbar tempatan, seperti The Star dan Utusan Malaysia membuat liputan tentang tawaran Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk mengambil alih SP Setia. PNB yang memiliki 33.16 kepentingan dalam syarikat tersenarai awam itu, mengemukakan tawaran pada RM3.90 sesaham.
Sejak PNB muncul sebagai pemegang saham majoriti dalam SP Setia timbul pertanyaan dan juga kegelisahan pihak tertentu kemungkinan PNB mengeluarkan syarikat harta tanah itu daripada penyenaraian. Seolah-olahnya keluar masuk penyeneraian itu sesuatu yang aneh di negara ini. Seperti yang diketahui, beberapa syarikat juga telah pun keluar dari Bursa Saham, dan bahkan ada yang masuk semula.
Walau apa-apa pun tindakan PNB, sepatutnya dilihat dalam konteks dalam hukum pasaran bebas, iaitu "siapa kuat dia menang." Sebenarnya, PNB sekadar mematuhi tuntutan pasaran bebas dan liberalisasi yang sering diperjuangkan oleh pihak tertentu. Hanya yang berbeza, yang mungkin menimbulkan rasa kurang senang mereka, lalu memperlihatkan sikap dwistandard golongan berkenaan, ialah PNB itu syarikat pemegangan yang mewakili kepentingan bumiputera.
Sebagai tawaran dan bukannya paksaan, pastinya SP Setia boleh menerima atau menolak atau menolak tawaran tersebut, atau mengemukakan tawaran balas. Pendek kata, tidak ada apa-apa yang hendak dihairankan. Ambil alih sesebuah syarikat itu bukan sesuatu yang luar biasa hingga hendak dihebohkan satu Malaya. Sebelum ini Hong Leong mengambil alih EON Bank, sebagai contoh yang terbaharu. Bagi PNB pula, ini bukan pertama kali PNB mengambil alih syarikat hartanah yang tersenarai, sebelum ini, antaranya Pelangi telah diambil alih olehnya.
Kalau tidak mahu diambil alih, jangan disenaraikan di Bursa Saham; jadilah syarikat sendirian berhad. Apabila disenaraikan, maka saham bebas dijual beli, dan akhirnya mungkin muncul pemegang saham majoriti. Apabila berlaku ambil alih, pastinya pasukan pengurusan lama terpaksa berundur, pasukan pengurusan baru akan masuk. Sesuatu yang mudah untuk difahami: Inilah hukum pasaran bebas!

Demikian juga dengan rancangan PNB untuk membina Menara Warisan di tapak Stadium Merdeka dan Stadium Negara kerana tanah berkenaan miliknya, dengan itu, tidak perlu pihak lain yang "lebih sudu dari kuah." Hanya berlaku "kesilapan teknikal," apabila Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu dalam Belanjawan 2011. Kalau sudah pasti bukan projek kerajaan, mengapa beliau mengumumkannya dalam belanjawan - satu kegelojohan Najib yang tidak sepatutnya berlaku. Akibatnya, mudahlah pihak tertentu mengkritik rancangan pembinaan Menara Warisan itu, kononnya suatu pembaziran, dan PNB pula terpaksa bertindak defensif.
Kalau tidak berani melabur dan menanggung risiko, di manakah PNB akan mendapatkan hasil untuk membayar dividen kepada para pemegang unit amanahnya? Adakah PNB perlu menunggu wang yang turun dari langit?

Yang menjadi pelik atau aneh ialah apabila ada golongan tertentu ingin hidup di bawah kapitalisme, tetapi tidak mahu dicabar di bawah sistem yang sama. Sesungguhnya, PNB sekadar ingin memperlihatkan kemampuannya bermain dalam sepak terajang yang ditentukan oleh pendukung pasaran bebas dan liberalisasi di negara ini.
No comments:
Post a Comment