Artikel Popular

Thursday, September 22, 2011

Perhimpunan Agung PBB 2011

KHAMIS,  22 September 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sesi ke-66  perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dirasmikan semalam di New York bukan sahaja boleh diikuti secara langsung melalui CNN, BBC, dan al-Jazeera, tetapi juga melalui akhbar, seperti The Guardian dan  The Huffington Post.  


Presiden Barack Obama dalam ucapannya pada hari Rabu itu,  menyusurgalurkan revolusi popular yang mengubah landskap politik Timur Tengah, dan mendesak pemimpin Israel dan Palestin menghidupkan semula perbincangan ke arah perdamaian yang sukar.   Dalam ucapan ketiga sebagai presiden, Obama mengakui bahawa beliau berasa kecewa oleh kurangnya kemajuan tentang perdamaian Israel-Palestin, tetapi menegaskan bahawa "tidak cara mudah" untuk menamatkan konflik, dan beliau menggesa agar wujud kefahaman "aspirasi sah" setiap pihak.

Obama yang bercakap sebelum kemungkinan usaha oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) memohon pengiktirafan PBB tentang negara Palestin, usaha yang Amerika Syarikat berikrar untuk memvetokannya di Majlis Keselamatan PBB, yang mesti luluskan percubaan untuk memperoleh taraf negara sebelum dikemukakan kepada Perhimpunan Agung.  Akan tetapi, Obama tidak membuat rujukan secara langsung kepada veto Amerika Syarikat, sebaliknya beliau menegaskan bahawa resolusi konflik hanya melalui rundingan antara Israel dengan Palestin.


Presiden Nicolas Sarkozy dalam ucapannya menegaskan bahawa jika Israel dan Palestin berhasrat untuk berunding, pastikan tidak wujud prasyarat.  Beliau mencadangkan Palestin diberikan taraf negara pemerhati PBB.  Matlamat akhir mesti pengiktirafan bersama dua negara bangsa berasaskan sempadan tahun 1967.  Sementara Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner berharap Palestin kerusi ke-194 di PBB.

Pastinya, Perhimpunan Agung kali tertumpu pada usaha Palestin untuk memperoleh taraf negara yang pastinya berhadapan dengan veto Amerika Syarikat di Majlis Keselamatan.  Namun, dilaporkan  demi mengelakkan bersemuka di PBB, wujud usaha untuk memujuk Presiden Mahmoud Abbas daripada mencetuskan konfrontasi diplomatik dengan Washington, atas daya usaha  PBB,  Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, dan Rusia.

Banyak orang pastinya bersetuju dengan Robert Fisk yang menulis dalam The Independent bahawa Palestin tidak mencapai taraf negara.  Akan tetapi, mereka membuktikan bahawa jika memperoleh undi yang cukup di Perhimpunan Agung dan jika Mahmoud Abbas tunduk kepada sifatnya yang menghinakan diri dalam menghadapi kuasa Amerika Syarikat-Israel bahawa mereka wajar memperoleh taraf negara. Fisk yang  menggasak Amerika Syarikat dan Israel, mengingatkan walau apa-apa pun keputusan di PBB, Timur Tengah tidak akan sama lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...