Artikel Popular

Monday, December 10, 2012

Sistem Kewangan yang Adil

ISNIN, 10 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Penerima Hadiah Nobel Ekonomi, Joseph Stiglitz dalam tulisan terbaharunya,  menegaskan bahawa Amerika Syarikat memerlukan sistem kewangan yang mampu menyelesaikan ketidaksamaan.  

Tumpuan sistem kewangan itu, menurut Stiglitz, mesti beranjak daripada perdagangan spekulasi dan hak milik kepada pemberian pinjaman dan pewujudan pekerjaan.  Amerika Syarikat memerlukan sistem kewangan yang berkhidmat untuk setiap lapisan masyarakat, dan bukannya beroperasi sebagai memenuhi matlamatnya semata-mata.  Hal ini bermakna pembaharuan kawal selia sektor kewangan, dan antiamanah dan undang-undang tadbir urus korporat, bersama-sama dengan penguatkuasaan yang cukup untuk memastikan bahawa pasaran tidak menjadi kasino sua muka. 

Stiglitz mengingatkan bahawa globalisasi menjadikan semua negara lebih saling bergantung, yang seterusnya memerlukan kerjasama global yang lebih besar.  "Kita mungkin mengharapkan bahawa Amerika akan menunjukkan kepimpinan dalam pembaharuan sistem kewangan global dengan memperjuangkan kawal selia antarabangsa yang lebih kuat, sistem rizab global, dan cara yang lebih baik untuk menyusun semula hutang kedaulatan; dalam menangani kehangata global; dalam mendemokrasikan institusi ekonomi antarabangsa; dan dalam menyediakan bantuan kepada negara miskin."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...