Artikel Popular

Thursday, December 13, 2012

Perbelanjaan Kempen Obama Lebih Besar daripada Kempen Romney

KHAMIS,  13 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Meskipun lebih sebulan berlalu, ulasan dan analisis tentang Pilihan Raya Presiden Amerika tahun 2012, masih muncul di sana sini. Kemenangan Barack Obama memang dijangkakan oleh banyak cerdik pandai dan peramal, tetapi yang agak memeranjatkan ialah beliau menang besar, iaitu 332 undi badan perwakilan pemilih  berbanding 206 untuk Mitt Romney,  dan beliau menguasai undi popular 65,249,700 (50.9  peratus) berbanding 60,643,102 (47.3 peratus) untuk Romney. 

Tidak kurang beberapa pendedahan menarik tentang pilihan raya tersebut, manakala  kempen Obama berasa terkejut bahawa kempen Romney tidak menyerang calon mereka.  Pendedahan terbaharu dalam The Huffington Post,  tentang jumlah perbelanjaan antara kedua-dua kempen yang jelas menunjukkan bahawa kempen Obama mengatasi kempen Romney dari segi "perang udara" dan bilangan staf.  

Dari segi jumlah perbelanjaan operasi misalnya, Republikan berbelanja AS$885.6 juta dan Demokrat AS$919.3 juta.  Untuk gaji,  Demokrat berbelanja AS$63.2 juta berbanding AS$33.3 juta Republikan. Demokrat berbelanja AS$412 juta untuk iklan televisyen/radio, manakala Republikan berbelanja AS$215 juta. 

Republikan hanya mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam telepemasaran, iaitu sebanyak AS$74.5 juta berbanding AS$35.2 juta Demokrat; dan perundinga/perkhidmatan pendanaan, iaitu sebanyak AS$31 juta, manakala Demokrat berbelanja AS$6.5 juta. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...